27 Jan 2013

Harga Cintaku ( Cerpen )



Harga Cintaku

  Tihani keluar dari kelas sambil tangannya memegang beberapa buah buku. Dia melangkah ke pintu kecil yang memisahkan blok-blok sekolah. Senyuman tidak lekang di wajahnya yang manis itu  ditambah lagi dengan dua lesung pipit makin menyerlahkan kejelitaannya. Tihani keluar dari pintu pagar tersebut lalu menyapa pengawal keselamatan sekolah, Pak Samad.
“Assalamualaikum, pak cik. Pak cik dah makan ke belum?” Tanya Tihani ramah.
                “Waalaikumussalam, Hani. Pak cik belum makan lagi. Tunggu semua murid keluar, baru pak cik makan. Kamu dah nak balik ke?”
                “Haah. Tengah tunggu Pak Razak kejap.” balas Tihani sopan.
Matanya segera dialihkan ke pintu pagar apabila terdengar bunyi hon kereta. Muncul Pak Razak, yang merupakan supir peribadi Tihani. Pak Razak bersalaman dengan Pak Samad.
                Beberapa minit kemudian, perbualan mereka berakhir kerana Pak Razak ingin menghantar Tihani pulang ke rumah. Takut Datin Hidayah marah barangkali.
“ Pak cik, Hani balik dulu ya? Assalamualaikum.” pamit Tihani. Dia segera melangkah seraya menyusup masuk ke dalam kereta Volkswagen Polo Sedan. Dari jauh, Tihani melihat Pak Samad melambai ke arahnya.

********

Sebaik sahaja tiba di rumahnya, Tihani dapat melihat wajah ibunya yang menyinga. Pantas tangannya membuka pintu seraya mendapatkan mamanya. Mukanya sengaja dimaniskan untuk meraih simpati mamanya itu. Puan Hidayah yang melihat wajah anak tunggal perempuannya itu, tidak jadi hendak memarahi Tihani lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
Tihani tersenyum sendirian sambil kakinya membuntuti langkah Datin Hidayah.
“Mama, kenapa tunggu Hani tadi?”
“Saja.” balas Datin Hidayah selamba membuatkan Tihani tersengih. Tahu dia, bahawa mamanya itu sedang merajuk.
“Mama merajuk ke? Hani mintak maaflah sebab lambat balik rumah. Tadi Hani stayback kejap.” 
“Okey. Tapi kamu kena janji dengan mama, yang kamu kena inform awal-awal dekat mama. Kamu tahu tak, mama risaukan kamu?”
“Yalah mama. Pagi tadi, Hani lupa nak maklumkan awal-awal. Al-maklumlah, hari ni kan Hani bangun lambat.”
“Kamu sempat sembahyang tak dekat sekolah tadi?”
“Hari ini, Hani cutilah mama. Tu yang, Hani lambat bangun tu. Hehehe…” Tihani tersengih. Datin Hidayah tersenyum kecil.
“Hmm, tak apalah. Tapi, janji dengan mama yang kamu kena inform awal dekat mama. Promise?
                “Okey ma. I’m promise.
“Pergi naik atas. Mandi. Dah makan ke belum ni?” Tanya Datin Hidayah.
                “ Belum.”
“Kamu nak makan dulu ke atau mandi dulu?” Tanya Datin Hidayah lagi.
         “Mandilah mama. Hani bau busuklah. Rasa tak selesa kalau makan dulu tapi badan bau macam kambing.” balas Tihani seraya mendaki tangga menuju ke bilik tidurnya.

********

Sebaik sahaja kakinya ingin melangkah ke kelas, Tihani terdengar suara yang memanggil namanya.
“Tihani Safura Widayah!!!” jerit satu suara. Tihani mencari suara tersebut dan mendapati orang tu ialah Lukman Hakim, lelaki yang dipuja selama ini. Lukman segera mendapatkan Tihani.
“Ya, saya! Awak ni, Lukman Iskandar kan? Macam mana, awak boleh kenal saya ni?” ragu-ragu Tihani bertanya. Lukman yang mendengar hanya tersengih.
Yup. Saya ni Lukman Iskandar. Siapa yang tak kenal Tihani Safura Widayah? Awak kan, murid yang cemerlang dan cantik.” balas Lukman sambil matanya tidak lepas memandang wajah Tihani yang dalam diam sudah lama bertakhta di hatinya.
Tihani yang mendengar jawapan Lukman tersenyum malu.
“Awak nak apa?”
“Saya nak awak!” jawab Lukman bersahaja. Mata Tihani membuntang medengar jawapan Lukman. 
“Awak ni biar betul? Apa maksud awak ni? Saya tak fahamlah!”
                “Maksud saya, saya nak awak jadi kekasih saya. Awak sudi jadi girlfriend saya? ” jujur Lukman berkata. Tihani yang mendengar suara mengharap Lukman, pantas bersuara.
“Baik! Saya akan jadi girlfriend awak tapi dengan satu syarat.” putus Tihani sambil matanya tidak berkalih dari memandang Lukman. Lukman ternanti-nanti syarat yang bakal dilontarkan dari mulut Tihani.
“Awak mesti sanggup kahwin dengan saya, waktu saya dah berkerja! Dan kalau awak curang dengan saya, saya tak akan segan-segan putus. Deal?” ujar Tihani mencapai kata sepakat.
“Baiklah, saya setuju! Tapi kenapa awak letak syarat macam tu?”
“Sebab saya tak galakkan bercinta sangat. Kalau nak bercinta boleh, tapi saya tak naklah sampai putus-putus ni. Itulah saya letakkan syarat macam tu.”
Dahi Lukman berkerut seribu.
“Saya tahu, mesti awak pelikkan?” pertanyaan Tihani dibalas dengan anggukkan.
“Saya tak nak bila kita bercinta hanya berlandaskan suka-suka aje. Saya tak suka macam tu. Saya nak bila kita besar dan berkarier, hubungan kita jadi halal mengikut sisi Islam. Saya tak nak ada pandangan negatif. Awak fahamkan apa yang saya cakap ni?”

********

Beberapa tahun kemudian….

                Tihani mengeluh di pintu balkoni di biliknya itu. Peristiwa beberapa tahun lepas masih segar di ingatannya. Kini, dia tidak jadi hendak berkahwin dengan Lukman. Ini semua kerana, Lukman telah curang padanya.
                Datin Hidayah masuk ke dalam bilik anaknya itu. Dia melihat Tihani sedang berdiri di tepi balkoni sambil pandangannya terarah ke jalan. Dia bangun dari katil lalu berdiri bersebelahan dengan Tihani.
                “Assalamualaikum….” Datin Hidayah memberi salam. Tihani masih tidak sedar akan kehadiran orang tuanya itu. Datin Hidayah geram melihat kelakuan Tihani pantas menepuk lembut bahu anaknya itu. Tihani yang sedang mengelamun terkejut apabila tangan mamanya menyentuh bahunya itu.
                “Eh mama, bila mama sampai ni?”
                “Dah lama dah. Hani, mama tengok kamu ni asyik mengelamun je? Kamu kenapa? Tak sihat ke?” Tanya Datin Hidayah risau.
                “Mama, Hani okey lah. Cuma pening sikit. Tengah hari tadi, Hani tak keluar makan tengahari sebab Hani sibuk di pejabat. Tak ada masa. Lagipun, papa suruh Hani siapkan kerja tu secepat mungkin.” bohong Tihani sambil matanya tidak lepas memandang wajah tua di hadapannya itu.
                Datin Hidayah tersenyum mendengar alasan anak perempuannya itu. Hati tuanya tahu bahawa Tihani sedang berbohong. Tapi dia tidak mahu mencampuri urusan peribadi Tihani. Dia tahu Tihani akan dapat selesaikan masalah tersebut dengan sendiri.
                “Mama tahu kamu bohong mama Hani. Tapi mama percaya kamu boleh selesaikan masalah tu tanpa bantuan orang lain. Kalau kamu ada masalah yang tak boleh diselesaikan, kamu boleh cari mama atau sesiapa pun.” kata Datin Hidayah seraya melangkah ke pintu. Tihani terkaku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut mamanya itu.
                Setitik demi setitik air mata membasahi wajah mulusnya.

********

Di syarikat milik keluarga Tihani…

                Tihani masuk ke dalam bilik papanya. Tadi dia ternampak seorang pemuda sedang berbual dengan Dato’ Irsham dari luar bilik. Jadi dia mempercepatkan langkahnya untuk mengetahui siapa pemuda itu.
                 “Assalamualaikum, papa. Kenapa papa panggil Hani?” Tanya Tihani sambil matanya tidak lepas memandang pemuda yang membelakanginya itu.
                “Waalaikumussalam, Hani. Papa panggil Hani ni sebab papa nak introduce kan kamu dengan anak kawan papa yang juga merupakan ketua projek  bagi projek kita di Bangi.”
                Pemuda itu pantas menoleh apabila mendengar suara orang yang dikenalinya. Dia cam dengan suara itu. Mata Tihani membuntang melihat pemuda tersebut dan dirinya hampir rebah kerana terkejut.
                Lukman pantas menyambut tubuh Tihani yang pengsan lalu dicempung tubuh itu. Dia meletakkan Tihani di atas sofa yang tersedia khas  di ruang kerja milik Dato’ Irsham. Dato’ Irsham pantas menekan interkom sambil matanya tidak lepas melihat wajah Lukman yang cemas.
                Beberapa minit kemudian, muncul Widelia iaitu setiausaha Dato’ Irsham  sambil tangannya memegang botol mineral. Dia memberi botol tersebut kepada Lukman. Pantas tangan Lukman mengambil botol tersebut dari tangan.
                “Terima kasih, Dato’.” Lukman mengucapkan terima kasih. Dato’ Irsham hanya tersenyum.
                “Wid, kamu dah telefon doktor syarikat?” Tanya Dato’ Irsham.
                “Sudah. Anything else?” balas Widelia. Dato’ Irsham hanya menggelengkan kepalanya tanda ‘tidak’. Dia segera keluar dari bilik itu.
                Lima belas minit kemudian, doktor syarikat itu masuk ke dalam bilik Dato’ Irsham. Dato’ Irsham sedang menantinya dengan gelisah. Dia segera mendapatkan Tihani yang masih pengsan. Dia tersenyum ketika memeriksa Tihani. Tahu dia Tihani pura-pura pengsan. Pantas dia mendapatkan Dato’ Irsham bersama Lukman.
                 “Dia tak apa-apa Dato’. Mungkin dia cuma stress aje. Saya akan bagi Hani cuti dalam dua tiga hari ni. Baiklah saya ada hal kecemasan ni Dato’. Saya balik dulu ya? Assalamualaikum.”
                “Waalaikumussalam.” Tihani segera sedar dari pengsannya. Berkali-kali matanya dipejam celikkan memastikan lakonannya tampak real. Lukman yang menyedari Tihani sedar, segera mendapatkan gadis yang dirinduinya itu.
                “ Awak dah sedar? Alhamdulillah.”
                “Hmm…..”
                “ Awak masih marah dekat saya ya?” soal Lukman tiba-tiba.
                “Hmm…..”
                “Awak nak tahu tak kebenarannya? Saya tak pernah curang dengan awak. Percayalah!”
  “Oh ya? Wow! Awak tak payah nak reka alasan je lah. Saya tak percaya! Awak tu memang brengset  tahu tak?” marah Tihani dengan dada yang turun naik.
                “Saya…”
                “Saya apa?! Dahlah saya malas nak gaduh dengan awak.” Tihani segera keluar dari bilik papanya itu. Lukman tergamam melihat kelakuan Tihani yang berubah mendadak.
             Dato’ Irsham yang melihat ‘drama’ di hadapannya tercengang.  Lukman mengurut kepalanya perlahan. Pening. Perasan dirinya sedang diperhatikan, segera dia menoleh ke arah Dato’ Irsham bersama sengihan yang lebar. Dato’ Irsham memandangnya seperti mahukan penjelasan.
             Suasana di pejabat itu, tiba-tiba bertukar sunyi. Beberapa minit kemudian, barulah kedengaran suara Dato’ Irsham.
             “Apa yang dah jadi ni? Awak kenal dengan Tihani ke?” Tanya Dato’ Irsham sambil matanya tidak lepas memandang wajah kuning langsat di hadapannya itu.
            “Saya akan terangkan perkara sebenar.” Lukman cuba menenangkan Dato’ Irsham. Laju kakinya melangkah ke arah sofa yang diletakkan di sudut bilik kerja Dato’ Irsham.
Beberapa minit kemudian, Lukman selesai menerangkan  perkara yang sebenar. Dato’ Irsham tersenyum senang.
                “Jadi, Hani tak nak maafkan awaklah ni?” Lukman pantas menganggukkan kepalanya.
                “Sebenarnya hati Hani tu lembut. Tapi kalau orang yang dia sayang buat salah dengan dia, nilah padahnya. Hati dia, tiba-tiba jadi keras macam batu. Susah nak maafkan orang. Kecuali kalau orang tu explain betul-betul dekat dia.” ujar Dato’ Irsham.
                “Jadi, saya nak buat apa ni Dato’?” Tanya Lukman cemas. Dia takut kehilangan Tihani.
“Awak kena telefon perempuan yang dia nampak tu and minta tolong dekat dia. Suruh dia terangkan hal yang sebenarnya. Kalau boleh jangan tinggalkan satu ayat pun. Hani nak ayat yang padat, tepat dan nyata. Kalau dia still tak terima jugak, awak jangan layan sangat dia. Awak buat biasa aje. Kalau boleh berlakonlah.  Bila dia minta maaf, awak berlakon yang awak dah tak nak dekat dia.” Dato’ Irsham memberi cadangan. Dia setuju jika Lukman menjadi menantunya. Dia memang sudah berkenan dengan anak lelaki teman rapatnya itu.
Lukman tersenyum lebar mendengar idea yang diluahkan oleh Dato’ Irsham.
              ‘Aku akan buat kau rindukan aku Tihani. Lukman akan buat kau menggila. Hahahaha….’ bisik hati Lukman.

********

                  Sebaik sahaja kaki Tihani ingin masuk ke dalam pejabat, Sofea iaitu setiausahanya memanggil namanya.
                 “Puan, tadi ada seorang wanita cari puan. Dia kata ada hal penting nak jumpa puan. Dia tak buat sebarang appointment jadi saya tak benarkan dia masuk. Tapi dia masih berdegil. Jadi saya suruh dia tunggu dekat bawah je lah.”
                “Siapa nama dia?” Tanya Tihani lembut. Dia tidak suka bersikap kasar dengan pekerjanya itu. Walaupun dia seorang bos, tapi itu semua tidak menghalangnya untuk bersikap lembut.
                “Nama dia Nazwa Syazwina, puan.”
                “Beri dia masuk.” balas Tihani lalu masuk ke dalam pejabatnya. Sofea hanya mengangguk sambil tangannya pantas mendail nombor receptionists.
                Pintu pejabatnya diketuk membuatkan Tihani yang sedang mengelamun tersedar. Dia membetulkan duduknya lalu membenarkan Nazwa masuk. Nazwa yang mendengar suara Tihani menyuruhnya masuk, segera memulas tombol pintu. Dia tersenyum. Tihani hanya tersenyum hambar.
                “Assalamualaikum, puan Tihani.”
  “Waalaikumussalam. Tak payah panggil saya puan. Panggil Hani je. Duduklah.” arah Tihani. Nazwa yang mendengar arahan Tihani segera duduk bertentangan dengan Tihani.
“Kenapa awak datang jumpa saya ya?” Tihani terus ke topik perbualan.
“Saya datang ke sini sebab saya nak berlaku jujur dengan awak, Hani. Waktu tu, saya memang peluk abang Lukman.” berdesing telinga Tihani mendengar kata Nazwa yang memanggil Lukman dengan panggilan ‘abang’. Hatinya dipagut rasa cemburu.
“So?
“Sebenarnya awak dah salah faham dengan kami! Saya tak ada apa-apa hubungan dengan abang Lukman especially, girlfriend. Saya tahu awak ni girlfriend abang Luk. Saya gembira sangat bila tahu dia ada girlfriend yang cantik, baik dan sopan macam awak. Tiap-tiap hari ada aje cerita dari dia mengenai awak, Hani.” ujar Nazwa sambil matanya memandang wajah Tihani.
“Habis tu, awak ni siapa?” soal Tihani membalas pandangan Nazwa.
Nazwa menghembuskan nafasnya dalam-dalam.
“Saya ni, adik kandung Lukman Hakim. Masa tu, memang saya peluk abang Luk depan awak sebab abang Luk suruh saya berlakon mesra dengan dia. Dia nak tengok awak cemburu ke tidak. Bila awak dah pergi, baru abang Lukman tahu awak memang sayangkan dia. Tapi semuanya dah terlambat, sebab awak dah pindah. Dua bulan abang Luk murung sebab dia rindukan awak sangat. Dia hanya akan makan kalau dia tengok gambar awak. Saya tahu dia tengok gambar awak, Hani. Saya sengaja sorokkan gambar awak dan bila saya perlukan baru saya tunjukkan gambar awak. Usaha saya tak sia-sia. Bila dia tengok gambar awak aje terus dia minta makanan.”
   “Alhamdulillah, dia dah boleh terima kenyataan yang awak tinggalkan dia. Tapi sebenarnya, di depan kami dia tunjuk dia dah sembuh, bersemangat tapi hanya Allah yang tahu bertapa dia masih menaruh harapan agar awak kembali pada dia. Akhirnya, hari ni Allah makbulkan doa abang Lukman.” panjang lebar Nazwa menjelaskan hal sebenar. Tihani yang mendengar penjelasan Nazwa terpegun.
“Baiklah. Saya nak balik. Saya harap awak masih cintakan abang saya tu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Apabila kelibat Nazwa tidak kelihatan, Tihani segera menekan interkom.
“Fea, saya nak awak dapatkan nombor telefon encik Lukman. ASAP!
“Baik!”
********

Sebaik sahaja sampai dirumahnya, Tihani segera masuk ke dalam rumah.Dia memanjat tangga menuju ke bilik tidur. Dia segera menelefon nombor seseorang. Beberapa saat kemudian, panggilannya bersambut.
“Assalamualaikum, ni Lukman Hakim ke?”
“Ya, saya. Ni siapa ya?”
“Err… ni saya Ti…ha…ni…” jawab Tihani agak-agak.
“Oh, kenapa?” Tanya Lukman dengan suara mendatar.
“Saya nak minta maaf dengan awak. Saya dah tahu hal sebenarnya, Luk. Awak tak bersalah. Saya yang bersalah.”
“Hmm…. Bye….” balas Lukman lalu mematikan perbualan. Tihani merenung Blackberry miliknya dengan wajah yang muram.
‘Lukman masih marah dengan aku.’

********

Di tapak projek, Bangi,

Lukman tidak menghiraukan Tihani yang dari tadi asyik merenungnya. Dia sengaja menjauhkan dirinya dari Tihani apabila menyedari Tihani sedang mendekatinya.
“Lukman!” jerit Tihani geram ketika waktu makan tengahari. Lukman yang sedang termenung mengangkat wajahnya memandang Tihani. Dengan wajah bersahaja, dia bangun. Tihani yang melihat kelakuan selamba Lukman memegang tangan lelaki itu.
“Apa?! Awak ni kenapa? Tiba-tiba aje pegang tangan lelaki yang brengset ni?” soal Lukman memulangkan paku buah keras kepada Tihani.
I’m sorry! Saya betul-betul minta maaf!”
“Hei, lepaslah!!!” Lukman segera merungkaikan pegangan Tihani lalu menyambung perjalanannya. Tihani segera memeluk pinggang Lukman yang membelakanginya. Lukman tergamam dengan tindakan drastik Tihani.
Dia segera merungkaikan pelukan Tihani kerana ramai orang melihat aksi itu. Lukman menoleh ke belakang.
“Saya betul-betul minta maaf, Luk. Saya dah tahu perkara sebenarnya. Seminggu lepas, Nazwa datang jumpa saya. Dia dah explain dekat saya pasal kejadian tu. And terbukti awak tak pernah curang dengan saya. Saya yang salah sebab saya terlalu ikutkan perasaan saya. Lukman, please forgive me! I love you, so much! Don’t do like this to me!”
“Tapi….” ujar Lukman cuba bermain tarik tali.
“Tapi apa?”
But I can’t live with you! Saya dah nak bertunang dengan kawan mama saya.” balas Lukman. Sengaja dia menaikkan kemarahan Tihani.
What?! Boleh tak awak cancelkan? Awak, saya betul-betul cintakan awak. I don’t want to lose you. I’m in love with you, Lukman Hakim.” wajah Tihani bertukar sendu.
“No! I can’t. I’ve promise to my mother that I should marry ‘her’!” Lukman menggelengkan kepalanya.
Tihani ketawa kecil.
“Kalau macam tu, kita memang tak ada jodohlah kan? Siapalah saya ni? Saya ni macam habis madu sepah dibuang. Layak pun, gelaran tu dekat saya. Nilah balasan yang Allah bagi dekat saya sebab saya bersikap kurang ajar pada awak. Saya redha.” balas Tihani sambil memandang ke arah jejaka di hadapannya itu. Dia tersenyum menyembunyikan rasa sedihnya itu.
Lukman turut tersenyum. Tetapi sekadar dalam hati sahaja. ‘Aku berjaya! Terima kasih, Dato’ Irsham.’
“Awak jangan lupa jemput saya.Selamat pengantin baru. Moga awak bahagia sampai ke anak cucu. Saya redha kalau kita tak ada jodoh. Assalamualaikum.” tambah Tihani sebelum berlari mendapatkan keretanya.
‘Baik aku kejar Tihani. Nanti dia tak terima pulak aku. Huh!’ fikir Lukman.
Segera dia mengejar wanita yang sangat dia cintai itu. Dia memegang kejap tangan Tihani, yang ketika itu hendak masuk ke dalam kerata. Dia lihat wajah Tihani yang sudah memerah.
“Awak nak apa? Kan awak dah nak bertunang dengan anak kawan mama awak tu! Lepaslah!!!”
“Tak!! Saya tak akan lepaskan awak, Hani! Sebab saya cuma cintakan awak aje. Sebenarnya, saya cuma tipu tadi. Saya tak akan, kahwin dengan sesiapa pun sayang!”
“Tapi awak…..”
“Tak! Saya akan kahwin dengan wanita yang ada depan mata saya ni! Hanya awak yang akan jadi ratu saya! Awak akan jadi permaisuri dan ibu untuk anak-anak kita kelak.” ujar Lukman sambil memeluk Tihani.
“Awak….” Tihani menjadi kelu. Dia membalas pelukan Lukman.

********

                “ Aku terima nikah, Tihani Safura Widayah binti Muhammad Irsham dengan mas kahwinnya RM 1300 tunai...” Dengan sekali lafaz, Tihani sah menjadi isteri kepada Lukman Hakim. Lelaki yang amat dicintainya, telah sah menjadi suaminya.

********


Dua tahun kemudian,

                Lukman masuk ke dalam wad dengan wajah yang ceria. Dia segera mendekati isterinya yang sedang berbaring di atas katil. Dia memandang wajah isterinya yang pucat dengan pandangan kasih.
                “Assalamualaikum, sayang!” Lukman memberi salam sambil tangannya memegang sejambak bunga khas buat isteri tersayang.
                “Waalaikumussalam, B! Kan sayang dah pesan, jangan bawak bunga!”
                “Alah, apa salahnya! B bawak bunga ni sebab B nak sayang selalu ceria. Ni pun untuk anak kita.” balas Lukman lalu memasukkan bunga-bunga itu ke dalam pasu.
                “Assalamualaikum!!!” kedengaran suara Datin Kirana memberi salam.
                “Waalaikumussalam. Eh, mama!”
                “Kenapa? Mama, tak boleh lawat menantu mama ke, Luk?” balas Datin Kirana sambil matanya menjeling tajam anak lelakinya itu.
                “Boleh lah, mama! Mama ni sensitif pulak. Mengandung ke?” giat Lukman sambil matanya tersenyum nakal memandang Dato’ Hakim. Wajah Datin Kirana merona merah akibat usikan nakal Lukman. Terburai ketawa semua orang yang berada di dalam wad itu.
                “Eh, kamu ni! Tak ada masanya! Mama ni dah tua! Tapi, kenapa mama rasa ada yang kurang, ea?” balas Datin Kirana sambil matanya memandang ke arah puteri tunggalnya yang sibuk berbalas mesej. Entah dengan siapalah tu?
                  Nazwa yang perasan dengan pandangan tersebut segera mengangkat wajahnya. Semua orang sedang melihatnya. Berkerut wajahnya tika itu.
                “Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?” tanyanya dengan nada bingung.
              “Tak ada apa-apa pun. Cuma, bila mama nak dapat cucu yang lain pulak? Abang kamu dah dapat seorang. Insya-Allah, tahun depan tambah lagi. Kamu pulak, bila? Mama nak tengok kamu pulak kahwin. Sebelum mama pejamkan mata ni, untuk selama-lamanya.” ujar Datin Kirana sambil matanya dipejam celikkan. Terburai ketawa semua orang yang ada disitu. Gamat bilik wad itu dengan gelak tawa mereka semua.
              “Eh, mama ni. Nazwa nak dapatkan master dululah. Degree pun tak dapat lagi. Sabarlah ya, mama.” balas Nazwa dengan wajah yang bersahaja.
Master? Hmm, kempunanlah mama. Siapa nak dekat kamu ni? Nanti tak ada sapa yang nak masuk meminang sebab kamu tu dah jadi andartu. Nanti, jangan kata mama tak cakap dekat kamu ya? Kalau tak, siaplah kamu!” balas Datin Kirana tegas.
“Yalah, mama. Orang tahulah. Abang Luk, comel lah anak abang ni! Rasa macam nak uli-uli buat cekodok aje.” Nazwa menukar topik perbualan.
               “Sampai hati Nazwa nak buat anak kita jadi cekodok, B.” ujar Tihani sambil ketawa.
               “Wawa, susah nak buat tu tahu tak? Ingat ni anak ayam ke? Keluar terus. Senang aje kamu cakap!” balas Lukman selamba.
                Muka Tihani berubah ke warna merah, mendengar kata-kata suaminya itu. Malu. Tambahan pula ibu dan bapa mertuanya ada bersama.
                “B ni tak malu ke cakap macam tu?” marah Tihani sambil tangannya mencubit geram lengan suaminya.
                “Aduh, betullah apa yang B cakap tu. Buat apa sayang nak malu?” balas Lukman lantas ketawa. Yang lain turut sama ketawa.
                “ Abang letak nama apa ni?”
                “ Adriana Kalisa.”
                “Sedapnya nama baby,” puji Nazwa sambil tangannya mencuit-cuit pipi si kecil yang enak tidur.

********

                “Sayang, terima kasih sebab melahirkan Riana untuk B. I love you, sayang!” ucap Lukman penuh romantik di telinga Tihani.
                “Itu memang tanggungjawab Hani, untuk melahirkan zuriat untuk B. I love you, too!” balas Tihani sambil matanya tidak lepas dari memandang Lukman.
                “Sayang, B nak tanya boleh?”
                “Boleh! Apa soalannya?”
                “Sejak bila sayang jatuh cinta dengan B balik? Lepas peristiwa berlakon tu kan, sayang dah benci B?” tanya Lukman.
                “Saat B diamkan diri, sebab merajuk dengan sayang. Saat kau hilang dimata, baru ku tahu.... kau sebenarnya adalah harga cintaku. Jadi B adalah harga cinta Hani.” balas Tihani.
                ‘Kau adalah harga cintaku...’ bisik hati Lukman
                ‘Kau adalah harga cintaku...' bisik hati Tihani.               
                “Kau adalah harga cintaku!!" kata Lukman dan Tihani serentak membuatkan mereka ketawa.

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment

- Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda :)
- Insya-Allah, komen anda akan dilayan ;)

Jangan lupa, beritahu kawan-kawan yang lain ya? Hehehe xD