5 Jun 2013

I Love You, Abang! 5


Dua buah kereta dipakirkan ke dalam garaj yang boleh memuatkan tujuh buah kereta sekaligus. Dua orang pemuda melangkah keluar dari perut kereta masing-masing lantas masuk ke dalam vila tersebut.
                “Assalamualaikum, mama papa...”
                “Waalaikumussalam,” sahut kedua orang tuanya itu. Mereka yang sedang menonton televisyen berpaling padanya.
                “Ma, pa tak nak tengok ke siapa yang datang?”
                Puan Sri Airina dan Tan Sri Ayman memandang wajah Irham yang sedang berdiri bersebelahan anak mereka. Sedaya upaya mereka cuba untuk mengingati seraut wajah itu.
                “Hmmm....
                “Irham ke?” soalan mamanya mengejutkan Danial.
                Irham hanya tersenyum.
                ‘Ingatkan dah tak ingat aku...’ getusnya dalam hati seraya merapati mama dan papa Danial itu. Pantas tangan mereka disalam.
                “Duduklah Irham. Bila kamu balik Malaysia?” tanya Tan Sri Ayman.
                “Seminggu dah Am dekat Malaysia.” Balas Irham yang menggelarkan dirinya Am.
                “Habis tu, kamu terus kerja?”
                “Haah.”
                “Baguslah. Sekurang-kurangnya, kamu tak ke hulu ke hilir. Lepas tu habiskan duit mak ayah kamu. Uncle bangga dengan kamu.” Tan Sri Ayman sempat menyindir anaknya. Siapa lagi kalau bukan Danial?
                Puan Sri Airina berlalu ke dapur untuk menyediakan makanan.
                ‘Wahai hati. Sabar ye?’ Danial memujuk dirinya. Kembang kempis hidungnya dari tadi. Dia hanya memandang sahaja papanya berbual dengan Irham tanpa mahu masuk campur.
                Matanya difokuskan pada televisyen. Remote astro diambil seraya menukar ke siaran kegemarannya. Disney Channel menjadi pilihan hati. Macam budak-budaklah dia ni!
                Danial bangun dari duduknya lantas tangga vila didaki menuju ke bilik. Sedikit sebanyak hatinya  terasa dengan kata-kata papanya.  
“Danial kamu tak nak makan sekali ke?” soal Puan Sri Airina yang sedang membawa pinggan.
                “Dani pergi mandi dululah.”
               

UNCLE, Am balik dululah ye?” pamit Irham tiba-tiba seraya menyalam kedua-dua orang tua Danial. Danial hanya memandang pelik kelakuan sahabatnya itu.
                “Awalnya Am. Kalau ya pun, tunggulah aunty hidangkan minuman dulu.” Pujuk Puan Sri Airina.
                “Haah. Kenapa kau nak balik awal Am?”
                “Papa telefon saya tadi suruh balik. Katanya penting... Nanti ada masa, saya datang dengan orang tua saya.”
                “Tak apalah kalau macam tu. Hati-hati bila memandu tu. Kirim salam mama papa kamu ye?”
                “Okey, uncle. Assalamualaikum.”
                Sesaat kemudian, terdengar deruman kereta berlalu dari situ. Suasana rumah itu senyap seketika. Bagaikan tiada sesiapa yang menghuni di vila itu.
                “Dah dua bulan kamu kerja dekat AAD Holdings. Alhamdulillah, prestasi kerja kamu pulak semakin bagus...”
                “Terima kasih papa.. Insya-Allah Dani akan buat yang terbaik.”
                Suasana sepi kembali.
                “Kamu pergi club, Dani?” soalan papanya yang tiba-tiba menyentakkannya. Wajah Danial berubah pucat.
                “Hah? Tak adalah,” dalih Danial.
                “Kamu jangan nak kelentong papa ya? Papa tahu kamu pergi tempat tu...” Suara papanya yang keras menakutkannya. Baik kau mengaku cepat Danial. Kalau tak nak kepala putus baik kau mengaku cepat...
                “Err... Haah.”
                “Macam nilah... Papa dah buat keputusan, papa akan awasi kamu 24 jam... Papa akan suruh orang-orang papa awasi kamu...” tenang sahaja wajah Tan Sri Ayman menuturkannya.
                “Pa..pa Dani bukan budak kecil lagi. Papa tak perlu susahkan orang-orang papa untuk awasi Dani....”
                Puan Sri Airina yang sedari tadi mendengar perbualan suami dan anaknya it, akhirnya menyampuk.
                “Memanglah kamu bukan budak kecik lagi, tapi kamu tu mesti kena awasi jugak. Kalau kami tak buat macam ni, kamu mesti berfoya-foya lepas habis waktu kerja. Kalau kamu tak ada dekat sini, alamatnya kamu ada dekat sanalah kan?” sinis kedengaran nada suara mamanya itu.
                Danial terdiam.
                Kring! Kring!
                Bunyi telefon rumah mengganggu perbualan mereka. Bibik Surti mengangkat telefon. Danial hanya memandang sahaja gelagat bibik mereka itu.
                “Puan... Non Aisyah telepon...” loghat Indon bibiknya yang pekat itu sedikit menyukarkan Danial untuk faham. Bibik Surti berlalu ke dapur setelah Puan Sri Airina menjawab panggilan itu.
                ‘Thanks Aisyah, kerana menyelamatkan nyawa abangmu tika ini... Sayang kau dik!’ desisnya dalam hati. Bibirnya mengulum senyuman.
                “Assalamualaikum mama, Aisyah ni...”
                “Waalaikumussalam... Kamu sihat Aisyah?”
                “Alhamdulillah sihat. Mama, papa sihat? Abang Dani dah balik kerja ke?” suara Aisyah yang ceria sedikit menghiburkan hati tua Puan Sri Airina.
Aisyah atau nama sebenarnya Aisyah Melina merupakan satu-satunya adik kesayangan Danial. Wajahnya hampir seiras Danial.
“Mama dan papa sihat... Abang Dani dah balik. Papa tengah ceramah percumalah dekat abang kesayangan kamu tu...” Kedengaran tawa halus anaknya di hujung sana.
“Bila kamu nak balik sini, Aisyah? Papa dengan mama rindu sangat dekat kamu...”
                “Insya-Allah lusa Aisyah balik... Mama jangan bagitahu papa dan abang eh? Nak kasi suprise sikit,” ujar Aisyah.
                “Yalah... Dah beli tiket ke belum. Jangan dah siap segala hal, tapi tiket lupa nak dibeli.” Sempat Puan Sri Airina menasihati anak perempuannya itu.
“Dah beli tiketnya pun. Baju pun sudah siap masuk dalam beg.. Cuma tinggal bawak diri ni je... Okeylah mama, Aisyah nak kemas barang sekejap. Lepas tu, nak ulangkaji apa yang patut... Assalamualaikum mama. Kirim salam dekat papa dan abang Danial ye?”
“Okey.. Waalaikumussalam.” Talian dimatikan lantas gagang telefon diletakkan kembali di tempat asal. Puan Sri Airina melabuhkan punggung bersebelahan suaminya.
“Siapa yang telefon? Aisyah ke?” Wajah suaminya yang bercahaya dikerling sekilas sebelum kepalanya dianggukkan.
“Dia cakap apa?”
“Dia kirim salam kat awak dan Danial. Katanya dia rindu kita semua... Tanya kita dah makan atau belum?” bohong Puan Sri Airina. Dia sudah berjanji dengan anaknya itu. Tidak baik memungkiri janjikan?
“Waalaikumussalam...” Danial dan papanya masing-masing menjawab kiriman salam Aisyah.
‘Ini masa aku nak blah dari sini...’ gumamnya dalam hati.
“Pa...ma... Dani naik atas dululah ye? Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...” Puan Sri Airina hanya menggelengkan kepala. Faham dengan perangai anaknya yang akan menjauhkan diri dari dibebel.
               

TOK! TOK!
                Nadia menapak perlahan ke arah pintu yang masih diketuk. Cermin direnung sekilas.
 ‘Tak sakit ke tangan tu?’ gerutunya dalam hati.
                Rambutnya yang serabai dan pakaiannya yang sedikit jarang tidak diendahkan. Pintu hotel dibuka perlahan. Matanya tidak dapat menangkap wajah siapa waktu itu. Terlampau mengantuk sehingga matanya terasa berat untuk dibuka.
                “Cari siapa?”
                “Hai Nadia... Sini rupanya kau menyorok ye?”
                Mata Nadia yang mengantuk terus menjadi segar, sebaik sahaja dia mengenali suara itu.
                “Kau siapa hah? Aku bukan Nadia...” pengakuan bodohnya itu mencuit hati lelaki itu.
                “Kalau kau bukan Nadia, habis tu kau ni siapa? Hantu raya dia... Jangan buat-buat tak kenal aku! Kau ada hutang dengan bos aku tapi kau lupa nak bayar balik hutang tu!” Matanya memandang pakaian wanita itu. Bibirnya menguntum senyuman sinis.
                “Hello, for your information I don’t have any debt with your boss! Get out from my room before I call police...” Nadia cuba mengugut lelaki itu.
                Matanya menangkap senyuman miang lelaki itu. Dia faham maksud itu tapi dia tidak sukakan lelaki itu. Pandangan jelek dihadiahkan kepada lelaki itu.
“Aku nak kau bayar jugak ataupun...” Nadia membuka langkah seribu seraya berlari keluar dari hotel itu. Sempat lagi dia mengambil tas tangan dan kunci kereta. Pintu bilik dibiarkan terbuka.
Dia melangkah keluar melepasi pintu keluar hotel. Dipandang sekeliling tanda berwaspada sebelum menapak ke keretanya yang terpakir di bawah pokok.
                Angin pagi yang sejuk, membuatkannya menggigil tanda kesejukan.
                Bajunya yang separas lutut itu sedikit terkoyak akibat keadaannya tika itu yang sedang berlari anak. Panggilan lelaki itu tidak diendahkan. Misinya yang utama waktu itu hanyalah ingin meloloskan diri dari situ.
                Kunci kereta ditekan sebelum dia memboloskan dirinya ke dalam perut kereta. Wajahnya yang pucat ditilik sekilas di cermin kereta. Ketukan di cermin tidak dihiraukan sebelum kereta Honda City itu hilang disebalik kabus tebal.
                Nadia menjeling sekilas pada cermin sisinya. Senyuman mengejek dihadiahkan kepada lelaki itu.
                “Bodoh punya lelaki!!” Nadia menjerit melepaskan rasa gembira yang bersarang di hati.
                Telefon jenama Blackberry dikeluarkan dari tas tangan. Nombor kekasihnya didail sebelum panggilannya terjawab.
                “Helo sayang... You tengah buat apa tu?”
                “I tengah tidur tadi... Kenapa you call I pagi-pagi buta ni, sayang? Something wrong somewhere?” suara Danial yang cemas mencuit hati Nadia.
                “Sorrylah I ganggu you pagi-pagi buta ni... I cuma nak jumpa you and luahkan semua masalah I pada you,” tuturnya perlahan.
                “Okey... You nak jumpa dekat mana?”
                “Candle Cafè... Dalam masa 15 minit lagi I sampai,” balas Nadia. Jam di dashboard dikerling sekilas. Sudah menunjukkan angka 3!
                “Okey... bye...” talian dimatikan.
Tepat 15 minit Nadia sampai di kafè yang dijanjikan. Keretanya dipakirkan di bahu jalan sebelum jalan besar diseberang menuju ke Candle Cafè. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam kafè itu. Candle Cafè merupakan kafè 24 jam.
Matanya melilau mencari kelibat Danial dan akhirnya dia ternampak bayang lelaki itu yang duduk di tempat tersorok. Mungkin faham dengan situasinya kala itu.
                “Hye honey... Sorry sebab ganggu you pagi-pagi ni...” Nadia melabuhkan duduk tanpa dipinta.
                “I faham. It’s okay. You okey sayang? I risaukan you bila dengar suara you yang cemas... Tergopoh-gapah I masuk bilik air sampai terlanggar dinding.” Danial mengadu. Hai... ini Nadia nak mengadu ke kau yang mengadu, Danial oii?
                “Kesiannya you...” tangan Nadia mengusap lembut dahi Danial yang sedikit kebiruan itu.
                “Jadi, kenapa? Do you have any problem? Maybe I can help you a little bit.
                “Boleh tak I pinjam duit you?”
                “How much?”
                “Fifty thousand ringgit?” suara Nadia kedengaran perlahan tetapi dapat ditangkap telinga Danial yang memang spesies telinga kuali!
                “Nanti I masukkan dalam bank you...” Danial yang tidak mencurigai kekasihnya itu lantas bersetuju. Nadia tersenyum lebar mendengar persetujuan kekasihnya itu.
                ‘Bagus!’ desis hati Nadia.
                “You nak makan? Biar I orderkan...” Danial memanggil pelayan seraya memesan spaghetti bolognese untuk kekasih hatinya itu.
                “Air encik?” tanya pelayan lelaki tersebut. Sesekali dia memandang Nadia. Nadia hanya buat tidak tahu sambil tangannya membelek telefon.
                “Mango juice... Or you want anything, honey?” Danial bersuara. Dia perasan dengan lirikan mata pelayan muda itu. Jadi, dia sengaja menekan perkataan ‘honey’.
                Nadia hanya menggeleng seraya tersenyum mesra. Tangan Danial dicapai seraya diusap lembut. Pelayan lelaki itu terus pergi. Malu kut?
                “Sayang, betul ke you tak apa-apa?” Danial bersuara risau.
                “Yes, I’m okay... Just a little bit tired...”
                “Kalau penat, kenapa you tak rehat aje dekat rumah? Nanti you pengsan atau sakit, I yang risau.” Danial mengusap perlahan kepala Nadia.
                Nadia tersenyum. Senang dengan perlakuan Danial.
                “Sayang jugak you dekat I...” Nadia cuba memancing Danial. Ingin tahu sebesar apa rasa sayang dan cinta Danial padanya.
                “Of courselah I sayangkan you... I nak jadikan you sebagai isteri I serta ibu kepada anak-anak I. Cuma sekarang ni I perlukan masa untuk yakin mama bahawa you ni mampu jadi menantu yang baik untuk dia. Mama dan papa tak yakin you mampu galas gelaran seorang isteri.” Danial bersuara lirih. Penat juga memujuk papa dan mamanya agar menerima Nadia sebagai menantu mereka tapi mereka tetap tidak mahu.
Nadia terkedu. Tangannya yang mengusap tangan sasa milik Danial ditarik perlahan. Hatinya rasa bersalah dengan Danial tapi dalam masa yang sama dia rasa geram dengan sikap ibu bapa Danial itu.
                Pelayan lelaki tadi yang datang membawa makanan sedikit menggangu perbualan mereka. Setelah pelayan itu pergi, Danial terus bersuara.
                “Kenapa ni Nadia? Wajah you pucat aje...” Danial memandang wajah Nadia yang pucat bagaikan tidak berdarah.
                “I...I risau aje tak dapat kahwin dengan you.”
Ya! Dia risau tidak dapat berkahwin dengan lelaki dihadapannya itu disebabkan tentangan dari mama dan papa Danial dan paling merisaukan dirinya ialah dia harus berkahwin dan menjadi isteri serta ibu kepada anak-anak Danial kelak!
                “I janji I akan jadikan you sebagai isteri I. Kita akan membina mahligai indah... Don’t worry sayang.” Danial bersuara romantik.
                “Thanks Dani.” Nadia menyuap perlahan spaghetti ke dalam mulut.
                ‘Aku rasa bersalah kerana berbohong pada kau. Aku tidak sesuai untuk jadi kekasih hati kau! Tapi aku terpaksa buat macam ini agar aku dapat menikmati kekayaan kau..’ Nadia bermonolog. Perasaan bersalah menebal di hati tapi benteng egonya lagi tebal dari perasaan bersalah itu.
                Beberapa minit kemudian, mereka selesai makan dan Danial terus membayar di kaunter. Nadia masih setia di sisinya. Tangan Nadia digenggam erat sebelum mereka sama-sama menapak ke kereta Nadia.
                “Kalau dah sampai rumah, call I.”
                Nadia mengangguk perlahan seraya memboloskan diri ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan sebelum keretanya menghilang dari pandangan Danial.
                Danial terus menapak ke arah keretanya. Enjin kereta dihidupkan sebelum keretanya membelah kegelapan pagi yang masih buta itu. Lagu kegemarannya yang dimainkan di radio membuatkannya tersenyum.
                Mulutnya terkumat-kamit mengikut setiap bait lirik lagu Baby nyanyian Justin Bieber.
               
You know you love me
I know you care
Just  shout whenever
And I’ll be there

You want my love
You want my heart
 And we would never, ever, ever be apart

Are we an item?
Girl quick playin’
We’re just friend
What are you sayin’?

                Telefonnya yang berbunyi menandakan panggilan masuk, mengganggu nyanyiannya. Danial mendengus. Kacau line betullah telefon ni...
                “Hello, mama.
                “Waalaikumussalam...” Puan Sri Airina memerli anaknya itu.
                Danial tersengih. Mengakui kesalahannya.
                “Assalamualaikum mama... Kenapa telefon Danial?”
                “Kamu pergi mana hah? Mama celik je mata, tengok kereta kamu tak ada dekat luar... Pergi kelab lagi ye?” tebak Puan Sri Airina setelah dia menjawab salam anaknya.
                “Mana ada...”
                “Habis tu?” Danial berfikir mencari alasan logik. Tak kan mahu kata dia baru habis jumpa Nadia? Mahu tinggal badan Danial agaknya.
                “Jumpa Irham... Tadi dia telefon nak jumpa Dani dekat kedai mamak...” balas Danial setelah agak lama berdiam diri.
                “Dah habis ke belum?”
                “Dah... On the way, balik rumah ni.”
                “Hati-hati bawak kereta tu...” talian dimatikan. Danial mengeluh sekejap. Telefonnya diletakkan kembali di dashboard kereta.
                ‘Papa hantar orang dia ke intip aku?’ Danial menggelengkan kepalanya. Tak mungkin... Tak mungkin...

No comments:

Post a Comment

- Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda :)
- Insya-Allah, komen anda akan dilayan ;)

Jangan lupa, beritahu kawan-kawan yang lain ya? Hehehe xD