Intan bangun lalu menuju ke kamar mandi di biliknya. Hari ini dia
tak menunaikan solat kerana A.B.C. Setengah jam kemudian, dia keluar
dengan hanya bertuala sambil mengeringkan rambutnya yang panjang hingga ke paras
punggung. Dia berjalan dan membuka almari yang diperbuat daripada kayu jati
lalu mengeluarkan sehelai blouse merah jambu dan jeans hitam. Dia memilih
tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan bajunya. Dia berjalan kembali ke
kamar mandi lalu mengunci pintu bilik mandi tersebut.
Setelah siap memakai pakaian, Intan turun sambil menyanyikan lagu Cinta dan
Benci yang dipopularkan oleh Geisha. Dia berjalan menghampiri uminya yang
sedang sibuk menyiapkan sarapan mereka sekeluarga. Intan menolong uminya
menyediakan sarapan pagi. Uminya suka memasak padahal di rumah tu berlambak
pembantu rumah. Dia menyedok makanan untuk dihidangkan kepada keluarga
sementara menunggu papanya turun ke bawah.
“Intan, kamu dah solat ke belum? Hari ni tak ada kelas ke? Ujian bukan
lagi dua minggu ke? Umi tengok kamu relaks je? Kamu dah prepare apa
yang patut, hmm?“ Datin Qistina bertanya kepada Intan. Datin Qistina dan Datuk
Qayyum amat menitik beratkan hal agama kepada anak-anaknya. Dari kecil lagi,
mereka mendidik anak mereka tentang agama.
“Umi, Intan hari ni A.B.C lah. Intan ada kelas pagi ni. Tapi Intan nak bawak
kereta sendiri. Intan tak nak Pak Hamid hantarkan. Lagipun, Intan nak
singgah satu tempat ni.” Intan menjawab soalan yang dilontarkan oleh uminya.
“Hmm, ye lah. Lagipun, abah kamu ada meeting. Tapi umi tetap
risaukan kamulah Intan…” Datin Qistina meluahkan kebimbingannya kepada Intan.
Intan
hanya tersenyum menampakkan gusinya.
“Umi jangan risau
pasal itu! Intan janji tak akan pandu melebihi 80 km/j… Boleh ya, umi?” Matanya
terkedip-kedip memohon simpati.
“Baiklah, tapi kamu
kena janji dengan umi yang kamu kena pandu kereta tu dengan cermat. Jangan
memotong! Kalau ada kereta memotong, jangan kamu nak potong balik kereta tu.
Kalau umi tahu kamu buat macam tu, umi suruh abah tarik kereta kamu tu! Faham?“
Datin Qistina cuba mengugut Intan. Dia masak benar dengan perangai Intan yang
satu itu.
Pantang kereta
memotong, mulalah nak potong balik. Dah puas dia menasihati Intan tetapi Intan
tetap dengan perangainya yang satu tu. Ikut perangai siapalah budak Intan ni?
Selang beberapa minit kemudian, Dato’ Qayyum
turun ke ruang makan itu. Sebelum dia menjejakkan kakinya ke ruang makan, dia
terdengar perbualan di antara isterinya dan anak perempuannya itu. Dia
tersenyum sendirian.
‘Hmm, budak ni ikut
perangai aku waktu muda-muda dulu lah kut?’ desisnya dalam hati bersama dengan
senyuman di bibir.
“Apa kecoh-kecoh ni? Sampai tingkat atas abah dengar perbualan kau orang,” Tanyanya
seraya duduk di kerusi.
“Mana
tak kecohnya, anak awak ni sibuk nak memandu sendiri. Saya ni memang pantang
betul kalau dia yang pandu. Faham-fahamlah kenapa, abahnya…” Mata Datin Qistina
menyorot memandang Intan.
Dato’
Qayyum tersenyum kecil.
“Macam
nilah gayanya. Intan, abah nak kamu bawak kereta tu hati-hati sikit. Jangan
main redah kereta orang je. Pandu Cermat, Jiwa Selamat. Betul tak? “ Dato’
Qayyum bercanda tetapi terselit ketegasannya.
“Baik ayahanda. Anakandamu ini akan sentiasa mendengar nasihatmu yang sangat
berguna itu. Ibunda, anakandamu ini tidak akan memotong orang lain dan anakanda
akan biarkan sahaja mereka memotong kereta anakanda . Pandu Cermat, Jiwa
Selamat." Intan berseloroh mengundang gelak tawa Dato’ Qayyum dan Datin Qistina.
SELESAI bersarapan,
Intan menyalami kedua-dua orang tuanya sebelum menyusup masuk ke dalam kereta
Mercedes Benz SLK 55 AMG kesayangannya. Sejurus kemudian, dia menghidupkan
enjin kereta dan memecut laju meninggalkan perkarangan banglo tiga tingkat.
Dato’ Qayyum dan Datin Qistina menggeleng kepala melihat karenah Intan yang agak kelam kabut itu. Kalau Intan dapat memandu kereta, memang tak ingat dunia. Jika Datin Qistina menumpang kereta dan pemandunya ialah Intan, dia akan jadi ‘JPJ bergerak’. Salah sikit je mulalah keluar ceramah free ataupun disuruh slow sikit had laju tu.
Dato’ Qayyum dan Datin Qistina menggeleng kepala melihat karenah Intan yang agak kelam kabut itu. Kalau Intan dapat memandu kereta, memang tak ingat dunia. Jika Datin Qistina menumpang kereta dan pemandunya ialah Intan, dia akan jadi ‘JPJ bergerak’. Salah sikit je mulalah keluar ceramah free ataupun disuruh slow sikit had laju tu.
INTAN melangkah
keluar dari perut kereta dan berjalan ke dewan kuliah. Pukul 8 nanti dia ada
kelas. Sudahlah pensyarah yang
mengajarnya itu garang seperti singa! Sampai pelajar-pelajar di university itu
menggelarnya Puan Katya Terlebih ‘Aum’! Bila mengaum je, semua orang takut termasuklah Intan. Intan berdiri di
depan dewan kuliahnya lalu membuka pintu dan melangkah masuk. Dia segera
mengambil tempatnya diantara Maria dan Syamila. Sebaik sahaja punggungnya
mencecah kerusi...
“Intan…”
Syamila menegurnya.
Bahunya
dicuit sedikit.
“Hmm,
kenapa?”
“Boleh
tak kita orang pinjam nota kau?” suara Syamila yang sedikit cuak menimbulkan
perasaan pelik di hati Intan.
“For what?” tanyanya kembali dengan wajah
pelik.
“Aku tak siap lagilah
nota tu… Masa tu, aku ada salin nota tu dekat dalam buku tapi buku tu dah
hilang. Maria pulak memang tak salin.
Dia kan pemalas. Nak angkat pen pun malas, ni kan pulak nak salin nota. Haram!
Boleh tak aku pinjam?” terang Syamila sambil tersengih menampakkan
gigi putihnya yang tersusun rapat.
‘Oh! Ingatkan apalah
tadi… Buat aku suspens aje,” getusnya
dalam hati. Matanya memandang dewan kuliah itu yang sudah dipenuhi oleh
pelajar.
Intan tidak mengendahkan pandangan kawan-kawannya itu. Bukunya dikeluarkan
seraya membaca kembali kesemua formula dan nota yang disalinnya. Takut juga,
jika Puan Katya tiba-tiba mengadakan ujian tergempar tiba-tiba. Bak kata
pepatah, sediakan paying sebelum hujan.
Maria dan Syamila berbalas pandangan sebelum
mata mereka menikam memandang Intan yang tekun membaca buku. “Intan, boleh lah.
Aku janji kalau Prof bagi nota aku salin nota tu sampai buku tu padat dan
tepat. Boleh eh? Please!” Maria pula bersuara sambil kedua-dua
belah telapak tangannya dilekapkan tanda memohon simpati.
“Hmm,
nasib baik kau ni kawan baik aku. Kalau tak, aku cincang kau dengan Mila lumat-
lumat. Lepas tu, aku goreng buat asam pedas dan bagi ikan-ikan aku makan kau.
Hahaha! Entah-entah ikan pun tak nak makan daging korang sebab bau ‘busuk’.
Mana tidaknya, pemalas bagai nak rak,” Intan sempat menyindir kawan-kawannya
itu.
“Sampai hati kau kata macam tu dekat kita orang.” Syamila bersuara
sedih. Taktik aje tu!
“Ada aku kisah? Hati aku mana ada sampai dekat korang. Hati aku mana ada jalan
atau lari. Kalau tak aku dah lama mati sebab tak ada hati aku. Betul tak?”
Intan bertanya sambil kedua-dua belah keningnya dijongketkan.
“Hmm, yelah. Hati kau memang dekat
situ je. So, boleh tak?” Maria menjawab soalan.
“Let me think first! Lebih kurang dua
bulan macam tu.” Kata Intan seraya berfikir. Terniat juga dia
hendak mengenakan kedua-dua orang kawannya itu. Sekali-sekala apa
salahnya?
“Ala kau ni. Dua bulan? Kenapa tak dua puluh tahun je? Intan, I’m
serious okay?” Maria membalas geram. Dia mengetap bibirnya tanda bengang
dengan tindakan Intan.
“Ooh, okay. Aku pun serius. Why not, aku tak fikir
dua puluh tahun kan? Aku setuju!” Intan menganggukkan kepalanya. Intan
memandang kedua-dua orang rakannya. Syamila dan Maria yang dilanda kebengangan,
segera menggeletek pinggang rakan mereka itu.
“Okay, okay! Fine!” Akhirnya Intan mengaku kalah setelah ‘dikerjakan’
oleh mereka. Syamila dan Maria tersenyum menang. Intan mengambil bukunya lalu
menghulurkan ke Maria. Maria terus merampas buku tersebut.
“Thanks Intan. Aku sayang kau ketat-ketat sampai kau tak boleh
bernafas. You are my best friend forever and ever. Kaulah sahabat
aku dunia dan akhirat!“ kata Maria dan Syamila serentak sambil ketawa.
Intan yang mendengar kata-kata kawannya itu tergelak kecil.
No comments:
Post a Comment
- Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda :)
- Insya-Allah, komen anda akan dilayan ;)
Jangan lupa, beritahu kawan-kawan yang lain ya? Hehehe xD