27 Jan 2013

I Love You, Abang! 3


                 

    Danial melangkah lesu ke sofa yang berada di ruang tamu rumahnya. Dia membaringkan badannya di sofa sambil matanya terpejam. Penat.
Ya, penat melayan karenah teman wanitanya, Nadia. Dia tersenyum apabila terkenangkan perangai Nadia yang persis kanak-kanak.  Jika dia tidak membelikan sesuatu yang diingini oleh Nadia, Nadia akan menarik muncung panjang.
 “Hmm, dah balik dah anak mama sorang ni? Do you have fun with her?” suara mamanya memecah kedamaian hatinya.  
Matanya dibuka perlahan seraya membetulkan posisinya kepada duduk.
Puan Sri Airina menapak ke arah kerusi. Danial memandang mamanya. Dia mendiamkan diri membiarkan pertanyaan mamanya dibawa angin.
                 “Kenapa mama tak sukakan Nadia? Apa salah dia, mama?” Danial memandang ke arah mamanya meminta penjelasan.
                “Mama tak sukakan dia sebab dia menipu kamu Danial! Mama tak sukakan perempuan pembohong...” tenang Puan Sri Airina menjawab.
                “Bohong? Apa maksud mama?” Danial mengerutkan dahinya, tanda tidak mengerti.
                “Mama tak mahu jelaskan kepada kamu. Setiap kali mama mahu jelaskan, kamu tidak akan pernah percaya apa yang mama katakan. Sebaliknya, kamu lebih mempercayai perempuan yang tidak ada darah daging dengan kamu... Mama kecewa dengan kamu Danial,” Puan Sri Airina menggeleng lemah.  Kesal dengan sikap anak lelakinya itu.
                “Mama, bukan sengaja nak buruk-burukkan dia. Tapi sebelum kamu perkenalkan dia dekat mama dulu, mama dah siasat latar belakang dia,” sambung mamanya lagi dengan pandangan sedih.
                ‘Aku tidak faham apa yang mama katakan ini... Tidak mungkin!’ getusnya dalam hati.
                “Mama cuba jelaskan pada Dani...” pinta Danial penuh mengharap.
                “Dia bukan perempuan yang baik dan tidak sesuai untuk mendampingi kamu, Dani. Mama mohon kamu putuskan hubungan dengan dia... Naluri seorang ibu, mengatakan bahawa Nadia ada niat buruk terhadap kamu Danial. Mama dah lama perhatikan dia.” Puan Sri Airina memandang anaknya.
                “Mama, Dani dah besar dan Dani ada kehidupan sendiri... Dani pilih Nadia sebab Dani dah lama kenal dia. Dani tahu perangai dia mama... Dia tidak akan berbuat jahat pada Dani sebab kami saling mencintai. I want to choose my own life partner!” suara Danial naik satu oktaf.
 “ Danial, watch your mouth when you talk with your mother! She is your mother, who is enlarge you since baby! Papa tidak pernah ajar anak papa untuk bersikap biadap dengan ibunya!” tengking Tan Sri Ayman.
 Nafasnya sudah tertahan sedari tadi.
                “Papa, Dani tak bemaksud nak tengking mama. I can’t control my emotional... Mama, Dani minta maaf...” pantas sahaja langkahnya menuju ke pintu rumah yang terbuka luas itu.
                ‘Apa nak jadi dengan anak bujang aku seorang ni? Seingat aku, aku tidak pernah mengajarnya berkelakuan biadap dengan orang tua. Ya Allah, maafkanlah aku kerana gagal mendidik anak.’ Doa Tan Sri Ayman dalam hati sambil tangannya mengurut dada yang sedikit sakit.
               

INTAN sibuk memilih novel di kedai buku Popular. Sedang dia ralit memilih novel, dia terlanggar seorang pemuda.
                “I’m sorry! Saya tak sedar awak  ada. Sorry again!" Intan memohon maaf akan kesilapannya sambil matanya memandang lelaki yang telah dia langgar.
                ‘Eh, mamat spa!’ detiknya dalam hati.
                Matanya menikam memandang lelaki itu. Tengok dari jauh memang kacak, tapi kalau lihat dari dekat... Fuhh, bertambah kacak pun ada!
 “Hoi, buta ke? Kau ni kan, mata letak dekat mana? Lutut ke atau belakang mata kau tu? Huh!" Pemuda itu menengking Intan sambil matanya memandang tajam wajah gadis yang melanggarnya.
                ‘Cantik jugak perempuan ni,’ desis hati pemuda itu sambil menarik nafasnya. Entah mengapa jantungnya berdebar sakan melihat wajah Intan yang kemerahan akibat ditengking olehnya.
               Intan memandang pemuda di hadapannya itu dengan pandangan tajam.
                ‘Kurang asam jawa punya mamat! Suka hati kau je tengking-tengking aku depan orang ramai. Siap hoi-hoi bagai dengan aku. Mentang-mentang kau tu kacak lagi sasa, ingat aku takutlah? Huh! Kirim salam awal-awal...’ getusnya dalam hati.
               “Apa hoi-hoi? Kau ingat aku tak ada nama ke? Kau yang salah, kan? Jangan nak memandai, kata aku yang salah! Kau tu letak mata dekat atas kepala, tu yang tidak nampak... Aku jugak yang kau nak salahkan?” tengking Intan kembali sambil jari telunjuk ditalakan ke arah mukanya. Intan sudah membulatkan matanya besar-besar melawan pandangan mata pemuda itu.
                ‘Minah ni boleh tahan garang jugak ye?’ desisnya dalam hati.
                “Mata aku dekat depan, bukan dekat atas kepala! Kau tu yang buta sangat. Agaknya, orang perempuan ni memang suka membaca. Lebih-lebih lagi, novel C.I.N.T.A. Nasib baik, girlfriend aku tak baca novel-novel ni!” Sempat lagi pemuda itu memuji girlfriendnya sendiri.
                Intan hanya memandang sepi pemuda itu.
                “Suka hati akulah... Yang kau menyibuk ni kenapa? Ada aku kisah kalau girlfriend kau tu, tak baca novel cinta? Ada?” Intan menjongketkan keningnya.
                ‘Kalau aku ni Incredible Hulk, dah lama aku gusti mamat ni jugak. Ataupun aku lempar aje dari tingkat atas ke tingkat bawah! Hahaha...’ fikir Intan dalam hati bersama senyuman jahat.
                Pantas kakinya melangkah menuju ke kaunter bayaran yang terletak tidak jauh dari situ dengan senyuman kepuasan. Sempat lagi dia memberi ‘flying devil view’ kepada pemuda itu.


DANIAL masuk ke dalam kereta bersama dengan keluhan kasar. Pintu ditutup dengan kasar. Dia geram dengan kata-kata perempuan tadi. Stereng kereta dihentak kuat bagi melepaskan rasa geram yang terbuku di hati. Majalah yang dibelinya di Popular, dicampak ke seat belakang.
                “Kalau aku jumpa minah tu lagi, memang aku brainwash dia cukup-cukup. Suka hati dia je, nak marah-marah aku depan orang. Kalau lelaki yang marah aku, boleh aku gaduh sikit, tapi ni dengan perempuan kut? Perempuan tu memang cari nahas dengan aku betullah...” Danial bercakap sendirian sambil matanya memandang ke hadapan.                 Bunyi handphonenya yang berbunyi menandakan panggilan masuk, mengejutkan lamunannya seketika. Pantas tangannya menyeluk saku lalu dikeluarkan Blackberrynya pantas. Punat hijau ditekan.
                “Hai sayang... You buat apa tu?”
                Kedengaran tawa Nadia yang sedikit menggoda.
                “Hai honey... I tengah duduk dekat set ni. You pulak tengah buat apa?” Nadia tersenyum kecil.
               “I baru aje pergi beli majalah dekat Popular... Lama lagi ke you shooting dekat sana?” Danial bersuara hambar.
                “Yeah. Why? Miss me?
                “Of courselah I rindukan you! Lepas dekat Beijing, you pergi mana pulak lepas ini?” tanya Danial bersama dengan keluhan kecil.
                “Mungkin I balik Malaysia lepas ni... You kena faham kerja I, Danial. Cita-cita I kan nak jadi model, so I got to do the best for my ambition.
                Danial hanya menganggukkan kepala walaupun dia tahu, Nadia tidak mungkin dapat melihat anggukkannya itu.
                Rasa rindu terhadap Nadia mencengkam di hati. Sedaya upaya dia cuba menahan gelojak rasa. Ingin sahaja dia pergi ke Beijing untuk bertemu dengan Nadia tapi Nadia tidak membenarkannya untuk ke sana. Katanya ingin bersendirian tika ini.
                Nadia yang berada di hujung talian, tersenyum sinis.
                ‘Bodoh betul kau Danial...’ gumamnya dalam hati.


NADIA tersenyum sendiri. Rasa bahagia menyelinap di hati melihat kebodohan Danial yang sanggup lakukan apa sahaja. “Danial, kenapalah kau ni bodoh sangat? Percaya sangat cakap aku!  Aku tak cintakan kau tapi aku cintakan duit kau yang bertimbun tu! That’s all.” Nadia bercakap sendirian lalu ketawa di kamar mandi.
“Honey, why are you laughing?  Ada perkara yang kelakar ke?  I dengar you ketawa sampai dekat luar. Are you okay?” Ryan bertanya sambil tangannya mengetuk pintu bilik air di hotel.
 Nadia keluar dari kamar mandi sambil mengeringkan rambutnya yang basah. Badannya yang dibaluti bathrobe itu sedikit menyemarakkan naluri lelaki Ryan. Kakinya menapak ke arah meja solek lalu mengambil bedak dan disapukan ke mukanya. Pelembap bibir dioles sedikit di bibirnya yang mungil itu.
Ryan hanya memandang gerak laku kekasihnya itu.
                “Ooh, nothing! I just want to laugh cause I feel happy today! That’s all. Why, I tak boleh ketawa ke?” Matanya melirik memandang ke arah Ryan yang juga sedang memakai bathrobe.
                “Ooh, I see! I tak kata, you tak boleh ketawa.” Selesai berkata, Ryan mengangkat Nadia sehingga ke katil dan membaringkannya. Dia membaringkan badannya di sebelah Nadia. Perlahan-lahan matanya dipejamkan sebelum dia membuka kembali matanya.
                Matanya memandang Nadia yang berada di sisinya.
                “Honey, do you still love him? I mean Danial Irfan.” Ujar Ryan atau nama sebenarnya Ryan Michael Jonny. Walaupun mereka berbeza agama tapi Nadia memang sayangkan Ryan. Cintanya pada Ryan bagaikan air laut yang tidak pernah kering. Begitu juga Ryan.
                “Of course, I’m not. I never love him but I love you. Only you in my heart.” balas Nadia lalu mencium pipi Ryan.
Ryan tersenyum senang.


 DANIAL  masuk ke dalam rumahnya. Jam sudah menunjukkan tepat pada pukul 2 pagi. Dia segera mendaki tangga dan tiba- tiba lampu ruang tamu terbuka dan Danial mendapati bahawa ayahnya sedang duduk di sofa. Mamanya telah lama tidur kerana penat menunggu Danial.
                “Dani, kamu baru balik ke? Cuba kamu tengok jam yang besar tu. Dah pukul berapa?” kata Tan Sri Ayman sambil jarinya menuding ke arah jam yang ditempatkan di sudut ruang tamu itu. Dia menjeling Danial yang masih tercongok di tangga.
“Pukul 2.00 pagi, pa. Papa tak tidur lagi?” Danial menguap lantas menyambung memanjat anak tangga.
“Papa tunggu kamu... Duduk dekat sini.” Arah Tan Sri Ayman sambil tangannya menepuk sofa yang kosong di sebelahnya.
Danial tidak jadi hendak naik ke atas apabila terdengar arahan dari tuan hakim.Dia berjalan malas ke arah sofa lalu duduk di tempat yang telah ‘ditempah’ papanya itu. Tan Sri Ayman yang melihat kelakuan anaknya itu menggelengkan kepalanya. Jika ibunya tidak mengajarnya kelembutan dahulu, sudah lama dia menampar wajah tersebut.
“ Dani, papa tengok kamu ni makin lama semakin kurang ajar. Kamu nak jadi apa? Papa tahu kamu sayang Nadia, tapi jangan disebabkan Nadia jugak kamu makin biadap dengan papa dan mama. Dulu kamu rajin solat, orang yang tak suka pergi kelab malam. Sekarang kamu malas solat dan papa tengok kamu selalu keluar malam. Pagi baru kamu balik. Apa nak jadi dengan kamu ni?” Tan Sri Ayman memulakan bicara.
“Alah papa, Dani bukan sengaja nak tengking mama. Lagipun Dani dah minta maaf kan? Yang papa nak kecoh sangat ni, kenapa?” Danial menjawab kata-kata papanya itu dengan wajah yang bersahaja lalu bangun.
Matanya makin memberat.
Tan Sri Ayman yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anaknya itu segera bangun dan tanpa disangka satu ‘hamper’ telah melekap di muka Danial.
Danial tergamam. Tan Sri Ayman tidak pernah menamparnya.
                Tangannya mengusap pipinya yang terasa pijar akibat penangan papanya. Dia memandang wajah Tan Sri Ayman yang putih berubah kepada merah menyala.
                “Papa...” hanya itu yang keluar dari mulutnya.
                Tan Sri Ayman memandang ke arahnya bersama dengan senyuman sinis.
                “Kenapa? Kau ingat aku tak berani tampar kau?”
                Danial hanya mendiamkan diri. Tidak berani menjawab. Matanya masih memandang papanya.
                “Aku kecewa dengan kau. Kau dengar sini Danial Irfan. Aku tak nak kau tinggikan lagi suara kau dekat aku mahupun ibu kau. Kalau aku dengar kau buat perangai, aku tak akan mengaku kau sebagai anak aku. Kau tidak akan dapat satu sen pun dari harta aku. Kau tak pernah nak hormatkan aku sebagai ketua keluarga dan mama kau sebagai ibu yang melahirkan engkau dengan susah payah,” ujar Tan Sri Ayman sambil jari telunjuknya ditalakan ke muka Danial.
“Kalau aku tahu kau ni akan menyusahkan aku, aku tak akan segan-segan bunuh kau masa kau kecik. Lagipun, apa yang istimewa sangat si Nadia tu? Kau cakap dengan aku? Nak kata seksi, aku rasa mak kau lagi seksi dari dia,” marah Tan Sri Ayman dengar wajah yang garang.
“Dan bila hari lahir dia, kau akan belikan hadiah! Kau guna apa, bila bayar hadiah tu? Duit kau ke? Kalau duit kau, mana kau dapat? Harapkan duit aku adalah! Apa kau ingat aku makin kaya ke, kalau kau guna duit tu setiap hari hanya untuk Nadia?” suara Tan Sri Ayman sedikit perlahan berbanding sebelumnya. Mungkin dia tidak mahu isterinya mendengar kata-katanya yang kasar itu.
 Perlahan-lahan kakinya mendaki tangga sambil matanya menjeling tajam ke arah Danial. Danial masih berdiri kaku kerana terkejut.

No comments:

Post a Comment

- Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda :)
- Insya-Allah, komen anda akan dilayan ;)

Jangan lupa, beritahu kawan-kawan yang lain ya? Hehehe xD