7 Mar 2013

Cinta Bersemi di Fitting Room ( Cerpen )


Cinta Bersemi di Fitting Room

Tengku Aiman Hakimi. Orangnya kacak, bergaya dan mempunyai pakej yang diidam-idamkan oleh ramai wanita. Dia melangkah ke arah sebuah butik bersama dengan seorang wanita.
Seorang salesgirl datang menghampiri mereka. 
“Amy, you nak apa? You ambil aje. I nak pergi tengok baju lelaki dengan sebelah sana sekejap.” Tengku Aiman Hakimi menunjuk ke arah tempat yang dimaksudkannya. Gadis yang dipanggilnya Amy hanya menganggukkan kepala.
Tengku Aiman Hakimi, leka dengan semua pakaian yang dijual itu. Tiba-tiba pandangannya ditalakan ke arah sehelai baju. Pantas sahaja tangannya mengambil baju tersebut seraya menuju ke arah fitting room yang terletak di tempat yang agak tersembunyi.
Ketika tangannya hendak menolak pintu tersebut, tiba-tiba seorang perempuan keluar dari ruang tersebut. Hampir tercabut jantung Tengku Aiman Hakimi kerana terlalu terkejut.
“Arghhhh! Perogol! Tolong!” jerit perempuan itu tiba-tiba.
 Mata Tengku Aiman Hakimi membulat mendengar perkataan yang keluar dari mulut perempuan di hadapannya itu.
Orang ramai yang kebetulan membeli pakaian di butik itu segera menghampiri suara yang meminta tolong itu. “Hei! Mana ada! Awak aje yang tiba-tiba keluar dari situ. Suka hati aje nak kata saya ni perogol.”
Marah juga dia apabila tiba-tiba dirinya dicop perogol.
‘Muka aku yang memang handsome ni, dia kata perogol? Budak ni, memang tak sayang nyawa agaknya. Dia tak kenal aku ke?’ bisik hatinya sambil matanya merenung tajam ke arah perempuan itu.
Gulpp!
Bodyguardnya datang menghampiri mereka berdua.  Dia berdiri bersebelahan dengan Tengku Aiman Hakimi. Mukanya tegang, badannya tegap, kulitnya hitam manis dan paling membuatkan Dania ingin ketawa adalah kepala bodyguardnya.  Botak!

**************

AULIA Dania memandang ke arah jejaka yang berada di hadapannya. Mahu saja dia pengsan melihat wajah tampan yang terkenal itu. Siapa yang tak kenal Tengku Aiman Hakimi?
Anak kepada Tan Sri Tengku Adam Mikhail, jutawan paling terkaya di Malaysia. Mempunyai banyak cawangan di merata-rata tempat. Syarikat TA Holdings, merupakan syarikat utama Tan Sri Tengku Adam Mikhail.
Peneraju utamanya ialah Tan Sri Tengku Adam Mikhail.  Bakal digantikan dengan satu-satunya anak lelaki tunggal iaitu Tengku Aiman Hakimi yang kini berada di hadapan matanya.  Terkial-kial matanya memandang ke arah seorang lelaki yang berdiri bersebelahan dengan anak jutawan tersebut.
                ‘Hish, anak manja betul! Dekat mall pun pasang bodyguard! Untung kaya! Tapi, kenapa licin sangat? Copy cat lah dengan patung tu.’ bisiknya dalam hati sambil tangannya menekup mulut menahan tawa. Bodyguard Tengku Aiman Hakimi, mengerling ke arah patung yang bersebelahan dengannya.  Padan! Sama botak!
               Dia keluar dari butik tersebut. Malu juga bila disamakan dengan sebuah patung yang... botak! Sebaik sahaja bayangan bodyguard itu tidak kelihatan, tawa kecil terlepas dari bibir mungil itu. Tengku Aiman Hakimi tidak peduli. Matanya tajam memandang ke arah Dania yang masih ketawa. Apa yang lucu pun dia tidak tahu?
                Dania pantas menekup mulutnya. Takut juga dia dengan panahan ‘asmara’ lelaki itu.
“Apa? Ada masalah?”
Yup. Memang ada masalah! Kenapa awak gelak tiba-tiba?”
“Adalah. Sibuk je nak tahu, Tengku ni.”
“Apa, sibuk? Awak kata saya sibuk? Kalau awak tak nak saya ni busy body, jangan ketawa depan saya. So, baik awak bagitahu kenapa? Kalau tak....”
“Kalau tak, kenapa?” Pantas Dania memotong cakap Tengku Aiman Hakimi.
“Kalau tak, awak jangan menyesal kalau apa-apa terjadi.”
“Suka hati sayalah. Ada saya kisah?”
“Awak tunggulah apa yang saya akan buat. You just wait and see!
“Uww, takutnya! Cubalah kalau berani, Tengku. You just wait and see!” Dania mengajuk kata-kata jejaka yang berada di hadapannya ini.                  
Wajah Tengku Aiman Hakimi merah menahan marah. Ego lelakinya mula tercabar. Jantungnya bergetar hebat saat matanya dan mata Dania bertembung.
“Tengku, saya tahu Tengku malu nak minta maaf. Tak apa, saya maafkan awak.”
“Eh, buat apa saya nak malu? Saya tak cakap pun saya nak minta maaf.” Geram Dania apabila pemuda di hadapannya itu tetap dengan egonya.
“Hello, this is all your fault! Not me! Tengku Aiman Hakimi, I know you’re rich person but who care? Okey, fine! I’m sorry!  Saya nak balik tapi awak kena sedar, awaklah yang salah. Cuba awak bayangkan awak ditempat saya? Nasib baik saya ni tak laporkan awak dekat polis!” pantas sahaja kakinya melangkah keluar dari fitting room itu.
Ingat dia takut berhadapan dengan anak jutawan. Kalau anak raja pun, dia boleh membalas dengan lebih hebat lagi. Salah sendiri, tak kan nak orang yang minta maaf.
Dania melangkah ke kaunter bayaran sambil tangannya memegang sehelai baju.  Tengku Aiman Hakimi masih memandang ke arah Dania. Terkejut. Tidak pernah sesekali orang lain memarahinya begitu teruk.

**************

     TENGKU AIMAN HAKIMI masuk ke dalam kereta bersama dengan wajah yang kelat. Amy yang berada di sebelahnya tidak dihiraukan.  Awal-awal lagi dia telefon bodyguardnya yang hilang entah ke mana. Malas dia mahu mencari Harun, bodyguardnya. Pandai-pandailah balik sendiri.
“I hantar you balik apartment you.  Atau you nak pergi mana-mana ke. Boleh I hantarkan but I want to apologise you first cause I want to go home! I’m tired.” Tengku Aiman Hakimi mengeluh kecil. Hatinya terbakar dengan sikap perempuan tadi tapi kenapa jantungnya berdegup kencang?
‘Kenapa dengan jantung aku ni? Dah kena heart attack ke?’ tanyanya dalam hati.
But sayang, I want to go to shopping! I fell bored at home!” Amy mula merengek seperti budak kecil. Tengku Aiman Hakimi yang mendengar rengekan kekasihnya itu mula merengus kasar.
Amy, I’m tired! You don’t mess my mood also! I hantar you balik!” Suara Tengku Aiman Hakimi mula meninggi. Amy yang mendengar suara kekasihnya itu hanya menganggukkan kepalanya.
Bila Tengku Aiman Hakimi marah, semua orang bakal terkena tak kiralah orang itu kekasih sendiri atau bukan.
BMW 4 Series, milik Tengku Aiman Hakimi mula meninggalkan pusat membeli belah itu.

**************

DANIA masuk ke dalam perut kereta Myvinya dengan wajah yang geram. Bibirnya diketap menahan marah. Stereng kereta dihentak melepaskan amarah. Dadanya dipegang sekejap.
‘Kenapa dengan aku? Did I fall in love with that weird guy?’ tanyanya dalam hati.
“Eh, tak mungkin! Aku nak suka mamat gila tu? No!!” Jeritnya sendirian. Segera dia keluar dari perkarangan pusat membeli-belah itu dengan hati yang bertambah geram.
Tangannya memegang Samsung Corby II dan sebelah lagi memegang stereng kereta. Pantas tangannya menelefon teman baiknya, Siti Mariam. Beberapa saat kemudian, panggilannya dijawab.
“Assalamualaikum Siti, aku nak jumpa kau dekat kedai mamak boleh?”
“Buat apa kau nak jumpa aku? Ada masalah ke, cik kak oiii?” tanya Siti dihujung talian setelah dia menjawab salam.
“Ya! Eh, kau nak ke tak ni?”
“Kalau aku tak nak, kau nak buat apa?”
“Tak nak sudah! Dahlah, bye! Assalamualaikum.”
“Eh, eh! Dania, tunggulah. Janganlah marah, sayangku intan payung!”
“Ha, tahupun. Nak jumpa ke tak ni? Kau jangan buang masa aku boleh tak?”
“Emm, memang tak boleh. Ada banyak assignment ni. Tak apa, biar aku jumpa kau lah. Mana tahu, kau ada masalah ke? Kau nak jumpa aku dekat mana?”
“Tempat biasa. Sekarang!”
“Garangnya dia! Yalah, aku siap-siap dulu.”
“Okey, aku tunggu! Cepat tau!”

**************

VILA PERMAI, 3 tingkat milik Tan Sri Tengku Adam Mikhail gah di puncak bukit Mutiara. Sebuah kereta menyusup masuk ke dalam garaj yang boleh memuatkan 6 buah kereta sekaligus. Tengku Aiman Hakimi keluar dari isi perut  kereta seraya melangkah ke arah pintu utama.
Tengku Aiman Hakimi melangkah ke arah sofa yang terletak di tengah-tengah rumahnya itu.
“Dah balik anak mama ni? Kamu keluar dengan Amy ke?” tanya Puan Sri Linda bersama dengan wajah yang mencuka. Memang dia tak berkenan habis dengan anak kak longnya itu. Pakaian sendat menampakkan lurah yang tak sepatutnya dipertontonkan kepada orang yang bukan mahram. Dengan rambut yang asyik bertukar warna dan suka memboroskan duit untuk membeli barang-barang yang tidak berfaedah.
“Ya mama. Aiman penatlah layan karenah Amy tu. Mengada-ngada aje. Aiman pun kadang-kadang muak asyik keluar dengan dia tu. Menyesal Aiman lamar dia sebagai kekasih Aiman. Entah ikut baka siapalah dia tu?” omel Tengku Aiman Hakimi dengan wajah yang cukup tidak senang. Gara-gara termakan dengan pujukan dan keletah Amy yang menggoda itu dia terjebak. Jika dia memutuskan perhubungan dengan anak kepada mak longnya itu, pasti dirinya bakal dimarah oleh mak long.
Makin dia mengenal Amy, makin dia tahu sikap Amy yang sebenarnya.
Puan Sri Linda mengangguk setuju.
“Aiman, mama nak cakap something yang penting boleh? Emm, ni berkenaan dengan hidup dan mati kamu?” tanya Puan Sri Linda tiba-tiba. Tengku Aiman Hakimi mengangguk pantas.
“Apa dia mama? Cakap aje. Aiman tak kisah.” balas Tengku Aiman Hakimi seraya mengajuk tagline iklan di televisyen. Puan Sri Linda tersenyum. Dia pasti rancangannya ini bakal dipersetujui oleh anaknya.
“Macam ni. Papa dan mama nak sangat dapat menantu pilihan kami. Maksud mama, mama nak kamu kahwin. Tapi kamu jangan risau, kalian tunang dulu nanti barulah kahwin. Macam mana? Nak?” tanya Puan Sri Linda dengan wajah yang  mengharap. Lidah Tengku Aiman Hakimi terkelu.
“Hah? Kahwin? Tunang? Emm, dengan siapa mama? Kalau Amy, Aiman tak setuju.” cepat-cepat dia membantah dengan muka yang jelek.
“Mama, pun memang tak berkenan pun. Siapa yang nak kahwinkan kamu dengan dia?”
“Tak adalah. Takut kalau mama ter’kenan’ pulak.” Tengku Aiman Hakimi menayangkan giginya yang tersusun rapat. Puan Sri Lina menggelengkan kepalanya melihat karenah anak tunggalnya itu.
“Tak ada masa, mama nak berkenan dengan dia tu. Kamu tahu kan mama nak menantu macam mana? Nak mama jelaskan ke, Aiman Hakimi oiii?” Dilihatnya anaknya itu segera menggelengkan kepalanya.
“Hehehe....”
So, kamu setuju ke ni?”
“Setuju tu setuju mama. InsyaAllah, Aiman boleh timbangkan balik. Janji pakaian dia tak macam Amy tu.” balas Tengku Aiman Hakimi dengan wajah yang sukar dimengertikan.
“Insya-Allah tidak. Mama dan papa mestilah carikan yang terbaik untuk anak kami. Semua orang tua nak yang terbaik untuk anak dia, Aiman. Kecuali orang tu memang tak sayang pemberiaan Allah lah.” ujar Puan Sri Linda dengan wajah yang berseri-seri. Hajatnya bakal tercapai.

**************

TAN SRI TENGKU ADAM MIKHAIL masuk ke dalam kamar tidurnya dengan wajah yang cukup berseri. Khabar yang isterinya sampaikan petang tadi melegakan hati tuanya itu. Akhirnya, perjanjian antara dia dan bapa bakal menantunya itu tercapai. Alhamdulillah. 
Masuk sahaja dalam kamar tidurnya, pantas dia mendapatkan isterinya yang sedang melipat telekung. 
“Assalamualaikum. Awak,  Aiman setuju ke? Macam mana awak cuci otak dia tu?” tanya Tan Sri Tengku Adam Mikhail tidak sabar. Mahu juga dia tahu cara isterinya itu. Anaknya yang seorang itu memang degil orangnya. Tapi kali ini mahu juga diturutkan apa yang diminta.
“Saya tak brainwash pun bang. Memang dia relakan sendiri. Dia kata dia tak tahan dengan aksi manja Amy tu. Mengada-ngada aje lebih. Lepas tu, bila dia dah cakap macam tu saya katalah yang kita akan jodohkan dia dengan pilihan kita. Dia pun setuju. Abang, janganlah risau sangat! Nanti tak pasal-pasal darah tinggi abang datang tiba-tiba.” ringkas dan padat Puan Sri Linda menerangkan. Tak mahu suaminya tertanya-tanya.
“Oh, awak kenapa tak tunggu abang Lin? Boleh kita solat berjemaah sama-sama. Haish, awak ni. Tak nak pahala ke?” omel suaminya dengan wajah mencuka. Selalunya isterinya itu menunggunya pulang untuk solat berjemaah sama-sama.
“Abang, sekali-sekala apa salahnya? Saya nak turun bawah, nak masak lauk kegemaran Aiman. Lain kali, saya akan tunggu abang ye?” Puan Sri Linda memujuknya lembut. Tan Sri Tengku Adam Mikhail mengangguk perlahan. Hatinya menjadi lembut mendengar pujukan isteri kesayangannya itu.
“Tak apalah. Saya nak mandi! Awak pergilah masakkan lauk kegemaran, Aiman.” ujarnya seraya melangkah ke arah bilik air.
“Saya dah siapkan baju abang! Ada dekat katil!” Puan Sri Linda sempat berpesan sebelum berlalu.

**************

      ENCIK KAMAL membuka pintu rumahnya sebaik sahaja telinganya mendengar seseorang memberi salam. Wajahnya berseri-seri menyambut kepulangan anak perempuannya itu. Pantas mulutnya memanggil isterinya yang sibuk memasak di dapur. Puan Khadijah yang mendengar panggilan suaminya itu segera mendapatkan suaminya.
Apalah orang tua ni nak?’ omelnya dalam hati.
“Eh, Dania! Kamu dari mana ni?” tanya Puan Khadijah dengan wajah yang berseri-seri . Rindu sungguh dia dengan anak perempuannya ini. Dania menghulurkan salam dan disambut oleh Puan Khadijah. Pantas tubuh kecil molek itu dipeluknya erat. Bagaikan tidak mahu dilepaskan.
“Dania dari U tadi. Mak tengah buat apa tu?” tanya Dania sebaik sahaja tubuhnya dilepaskan.
“Mak tengah masak sambal belada ikan keli. Kamu tidur sini ke? Mariam mana? Tak ikut kamu sekali ke?” bertubi-tubi soalan dari ibunya ditujukan khas untuknya.
“Kalau ya pun, bagilah Dania ni duduk. Saya tahu awak rindu dia Dijah.” Encik Kamal yang sedari tadi hanya melihat adegan di hadapannya itu mencelah tiba-tiba.
“Eh, abang ni! Saya rindu dengan dia. Dania, kamu masuklah bilik kamu. Mak nak sambung memasak.”
“Mak, biar Dania tolong. Lagipun, Dania tak penat pun. Jom!”
“Memanglah kamu tak penat. Tapi mak nak kamu pergi rehat secukup-cukupnya.  Dah, masuk bilik dengan arahan mak!” Wah! Puan Khadijah sudah menggunakan kuasa vetonya.
“Yalah mak. Dania masuk dulu, ye?” pamit Dania sopan lantas masuk ke bilik tidurnya.

**************

DANIA keluar dari biliknya seraya menuju ke dapur untuk menjamu selera. Badannya terasa segar sekali. Dilihatnya, mak dan ayahnya sedang berbincang di meja makan sambil menuggunya. Apabila kelibatnya dilihat oleh Puan Khadijah, perbualan mereka tiba-tiba berhenti. Dania berasa curiga tapi malas hendak bertanya. Dibiarkan sahaja persoalan di mindanya.
“Tahun ni, tahun terakhir kamukan?” pertanyaan ayahnya membuatkan Dania cepat-cepat mengangguk.
“Dania.....”Encik Kamal memanggil anaknya itu.
“Ya? Kenapa ayah? Ada apa-apa masalah ke?”
“Tak. Cuma....”
“Cuma apa?”
“Cuma , ayah rasa umur kamu ni dah sesuai nak berumah tangga.” terus terang Encik Kamal menyatakan pendapatnya.
“Hah?”
“Tak apa. Lepas makan, kamu pergi ruang tamu.”  Dania hanya menganggukkan kepalanya.
Selepas makan seperti yang diminta oleh Encik Kamal, Dania pergi ke ruang tamu. Dilihatnya ayahnya itu sedang termenung.
“Ayah?” Dania menegur ayahnya itu. Encik Kamal mula tersedar.
“Kenapa?” tanyanya dengan wajah bingung. Encik Kamal menggelengkan kepalanya. “Dania, ayah akan ceritakan semuanya dekat kamu. Ayah harap kamu terima ya nak?” tanya Encik Kamal tiba-tiba. Dania hanya menganggukkan kepalanya.
“Dulu, ayah ada selamatkan seorang lelaki ni. Nama dia Tengku Adam Mikhail. Beg dia ni pernah kena rompak. Kebetulan masa tu, ayah ada di tempat kejadian. Ayah nampak kejadian tu, jadi ayah kejar pencuri tu sampai dapat. Tak kan ayah nak biarkan aje? Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan ayah. Pencuri tu berjaya ditangkap dalam genggaman ayah. Tengku tu cakap dia memang terhutang budi sebab dalam beg tu ada cek syarikat dan semua hal tentang syarikat dia. Kalau semuanya hilang, kemungkinan besar syarikatnya akan muflis. Jadi, ayah pendekkan cerita. Kami ada buat satu perjanjian di mana, kami akan kahwinkan anak kami bila mereka dah berumur 20 tahun ke atas. Sekarang ni kan, umur kamu dah 20 tahun? Jadi, ayahpun bersetuju untuk kahwinkan kalian. Ayah rasa pilihan ayah ni tepat sebab ayah dah jumpa orangnya secara tidak sengaja.”  panjang lebar Encik Kamal menerangkan niatnya itu. Dania yang mendengar kelu seribu bahasa.
“Dania? Kamu setuju?” lembut Encik Kamal bertanya. Dania mula berfikir sebelum membuat keputusan.
“Kalau ini yang membuatkan ayah dan mak gembira....” Dania mengehembuskan nafasnya sebelum meneruskan kembali ayatnya yang tergantung.
“Dania, setuju!”

**************

TENGKU AIMAN HAKIMI  turun dari BMWnya lalu pergi ke sebuah restoran. Dilihatnya seorang lelaki sedang menghirup air kopi. Pantas dia menyapa lelaki yang berbadan tegap itu.
“Aku nak kau siasat perempuan yang gaduh dengan aku hari tu. Kau ingat tak?”
“Oh, perempuan yang kata bos perogol tu ke?”
                “Hish, kau pun nak kata aku perogol? Muka aku ni sebijik macam perogol ke?”
“Tak.” Harun menjawab sepatah.
“Tahupun. Jadi, bila kau nak siasat siapa perempuan tu?”
“Kalau boleh hari ni saya kumpulkan maklumat fasal perempuan tu. Tapi tak akan tak ada upah bos?” Harun mula membuat muka.
“Duit kau pandai pulak. Tapi kalau bab siasat ni slow sangat!” Tengku Aiman Hakimi mengomel tetapi tangannya tetap membuka beg duit.  Dikeluarkan dua keping not seratus lalu dihulurkan kepada Harun.
Harun hanya menayangkan giginya.

**************

 DANIA  melangkah ke arah Popular yang terletak di hujung sekali. Dia ingin membeli beberapa buah novel      untuk mengisi masa lapangnya di universiti. Sejak menjadi tunangan orang, fikirannya selalu terganggu. Sudah banyak kali dia menunaikan solat sunat istikharah tapi jawapan yang diterimanya masih sama. Kosong.
Dania pergi ke ruang khas yang memaparkan novel terkini. Mahu juga dia memborong semua buku yang berada di situ tapi wangnya hanya cukup untuk membeli satu atau dua buah buku. Sedang dia ralit membaca sinopsis novel, dia dilanggar oleh seorang lelaki. Novel yang berada ditangannya terjatuh dan pantas matanya menikam memandang ke arah ‘makhluk’ yang telah melanggarnya itu.
Sesaat kemudian mata mereka bertembung. Dania merasakan jantungnya berdegup kencang saat mata mereka bertembung. Perlahan-lahan wajahnya berubah menjadi kelat dan ketat. Lelaki ini lagi. Tengku Aiman Hakimi! Nama yang membuatkan dia tidak boleh melupakan kejadian itu.
“Awak?!” jerit kedua-duanya serentak.
“Hesy, apalah bala yang menimpa aku ni? Apalah dosa aku? Tak cukup bayar zakatkah?” Dania mengomel sendirian. Tengku Aiman Hakimi tergamam. Tak sangka wanita itu sanggup memalukannya walaupun suara wanita itu kedengaran perlahan tetapi orang-orang yang berdiri berdekatan mereka boleh mendengar keluhan wanita itu.
“Eh! Mulut awak ni tak ada insurans ke?” tanya Tengku Aiman Hakimi lancang.
“Sebab dah adalah, saya boleh cakap sesuka hati. Kenapa?”
“Hesy, makin saya layan awak, makin pening kepala saya. Awak intip saya ye?
What? Saya intip awak?! Eh, awak ingat saya ni tergila-gila macam perempuan lain ke?” Wajahnya memandang ke arah Tengku Aiman Hakimi yang tersenyum nakal.
Senyuman Tengku Aiman Hakimi makin surut.
“Bukannya apa, cik adik oiii. Saya ni kan terkenal? Saya rasa awak pun tahu kan siapa saya? Al-maklumlah, banyak peminat.” suara Tengku Aiman Hakimi yang bangga membuatkan Dania melopong.  Membentuk huruf ‘o’.
                 Excuse me! Awak ingat awak terkenal, banyak peminat saya pun ikut join sekaki ke? Daripada saya jadi peminat awak, lebih baik saya jadi peminat orang lain!” omelnya dengan mulut yang dimuncungkan.  ‘Tak hamak aku dengan dia ni! Miang sangat! Aku tibai kang, baru kau tahu.’ 
“Alahai, cik ada sayang oii. Tak apa, awak tunggu ajelah. Tahulah saya nak buat apa?”
“Dari hari tu lagi kata, tahulah saya nak buat apa? Awak ni memang suka replay ayat tu ke?
“Suka hati sayalah. Mulut saya. Awak nak kongsi sekali ke?” tanyanya dengan senyuman miang.
“Huh? Eee, awak ni kenapa gatal sangat?”
“Saya cuma gatal dengan awak aje.”
“Apa-apa jelah.”
Pantas kaki Dania melangkah ke arah pintu keluar. Tangannya kosong.
Tengku Aiman Hakimi menghantar Dania dengan sorotan mata. Dia mengeluh. Makin lama, nafasnya boleh sesak. Jantungnya pula berdegup kencang seperti tidak mahu kembali kepada yang asal.
Dia pun keluar dari kedai buku tersebut lalu menuju ke kafe yang berdekatan setelah mendapat panggilan dari Harun a.k.a bodyguard serta penyiasat peribadinya. Pantas kakinya melangkah ke arah meja yang terletak di tempat yang agak tersembunyi. Beberapa minit kemudian, kelibat Harun kelihatan.
Harun segera duduk di hadapan Tengku Aiman Hakimi dengan wajah yang penuh dengan peluh. Tangannya sibuk mengelap peluh menggunakan tisu sebelum dia menyerahkan sebuah fail yang berisi maklumat mengenai Dania.

Nama: Aulia Dania binti Mohamad Kamal
Umur: 20 tahun
Tarikh Lahir: 29 Mac 1993
Tempat Tinggal: Subang Jaya, Selangor
Status: Bertunang

Matanya tertancap pada status gadis itu. Maklumat yang masih banyak tidak dihiraukan. Hatinya tiba-tiba menjadi sedih. Dia terlambat untuk menambat hati gadis itu. Walaupun gadis itu kelihatan kasar tetapi dia suka dengan cara gadis itu yang tidak hipokrit di hadapannya. Malah Dania telah berjaya membuatkan hati lelakinya seakan-akan diikat dan tidak mahu berpaling ke arah gadis yang lain. Dia tidak kisah dengan statusnya yang juga bergelar tunangan orang.
Harun perasan dengan wajah bosnya itu tetapi sengaja dia mendiamkan diri.
“Bos, nak pergi mana tu? Biar saya hantarkan.” pelawa Harun setelah melihat Tengku Aiman Hakimi bangun dari meja itu.
“Aku nak balik!” suara bosnya yang mendatar membuatkan Harun kecut perut.
‘Nak hantar ke tak? Kang tak pasal-pasal aku kena marah pulak kalau tak ikut. Ah, ikut ajelah!’ pantas kakinya membontoti langkah majikannya itu.

**************

KEDIAMAN milik Encik Kamal dikerumuni ramai orang. Mana tidaknya, Puan Khadijah telah menguar-uarkan berita tentang perkahwinan anak perempuan tunggalnya itu kepada jiran-jiran yang lain. Puas Dania menghalang perbuatan emaknya itu tapi apakan daya, makin dihalang makin menjadi-jadi pula emak kesayangannya itu. Encik Kamal lebih banyak mendiamkan diri melihat perbuatan isterinya itu.
Puan Sri Linda dan seorang pemuda masuk ke dalam bilik yang telah siap digubah cantik. Riak pemuda itu seakan-akan terpaksa. Dania duduk di atas katil yang dipenuhi dengan barang hantaran. Dia sengaja menundukkan mukanya memandang lantai. Air matanya ditahan dari menitis.
“Nak, pandang atas.” suara lembut emaknya kedengaran.
Dania menurut perintah lalu kepalanya didongakkan. Hampir terjerit dia melihat orang yang cukup dirinduinya kini berada di hadapan mata. Tengku Aiman Hakimi segak memakai pakaian senada dengan bajunya.
Tengku Aiman Hakimi turut terkejut melihat gadis dihadapannya itu. Gadis yang disangka tunangan orang lain adalah tunangan sendiri. Perasaan malu menyapa dirinya. Ingin sahaja dia melompat keriangan melihat gerangan isterinya itu ialah Aulia Dania.
‘Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan dia sebagai jodohku. Aku bersyukur Ya Allah! Takdir telah menemukan aku dengan gadis yang telah mencuri hatiku ini!’

**************

PUAN FARIDAH merapati anaknya yang sedang menangis. Risau hatinya melihat wajah anaknya yang dibasahi air mata. Tidak henti-henti menangis walaupun kekasih hati telah sah menjadi suami orang lain. Hatinya berdongkol geram dengan sikap adiknya yang sengaja hendak memisahkan Tengku Aiman Hakimi dengan anaknya itu.
“Amy, kau janganlah sedih. Janganlah buat mama sedih. Mama tahu kau kecewa dengan Aiman tapi kau nak buat apa?”
“Mama, Amy tak kisah asalkan Amy dapat si Aiman tu! Kalau Amy tak dapat dia, perempuan perampas tu pun tak akan dapat dia!” marah Amy dengan api kebencian.
“Kau buatlah apa yang patut! Mama, tak kisah tapi jangan sampai kau diburu polis sudahlah. Mama, tak nak tanggungjawab.” awal-awal Puan Faridah sudah mengingatkan.
“Tahulah, apa yang Amy buat! Mama, tak payah risau!”
Segera dia keluar dari biliknya menuju ke arah dapur.

**************

SUASANA yang kembali seperti sediakala membuatkan hati Dania berdebar. Dia melangkah ke dapur. Niat di hati ingin menyental semua periuk tetapi ibunya itu cepat-cepat menghalang. “Dania, tolong ya mak?” Dania cuba mencapai bekas sabun yang terletak di hadapan ibunya itu.
“Tak payah! Ibu boleh buat sendiri. Kamu dah ada orang ‘tempah’ awal-awal.” Puan Khadijah melarangnya dengan kepala yang digeleng-gelengkan. Dania mula membuat muka.
‘Mesti dah rancang dengan menantu dia ni. Tak apa, biar aku selesaikan mamat tu dulu!’ Dania mengomel dalam hati tapi kakinya tetap menghampiri kamar tidurnya itu. Segera dia menolak daun pintu yang tidak berkunci. Dia lihat suaminya itu sedang bertuala di pinggang. Tidak berbaju pula tu.
Pantas Dania menoleh ke belakang apabila suaminya itu sedang tersenyum gatal.
“Jangan dekat!”
“Kalau abang nak dekat, sayang nak buat apa?”
“Saya buat......” kata-katanya terhenti apabila tangan suaminya sudah mula merayap di badannya. Mimpi ngeri akan terjadi!
“Sayang tak payah nak buat apa-apa pun. Sayang cuma kena serahkan diri sayang hanya untuk abang aje. Boleh?” Suara Tengku Aiman Hakimi bertukar romantik. Dania hanya menganggukkan kepalanya. Otaknya tidak dapat berfikir kerana belaian suaminya itu.
Tengku Aiman Hakimi menarik Dania dalam pelukan. Ubun-ubun Dania dikucup lembut. Dania terpana. Kucupan suaminya makin meliar. Elok dari dahi, turut satu-satu tahap hingga ke bibir merekah Dania. Lama bibirnya mendarat di bibir Dania. Walaupun jantung Dania bagai nak pecah rasanya, tapi dia sendiri tak pasti kenapa dia tidak bertindak untuk menjauhkan diri dari suaminya itu.
Perlahan-lahan tubuh Dania yang kecil itu dicempung lalu diletakkan di atas katil. Tangan Tengku Aiman Hakimi sudah mendarat di tubuh Dania. Butang baju Dania ditanggalkan satu persatu. Dania menjadi alpa! Tak sedar langsung tindakan suaminya kerana hanyut dengan kucupan si suami. Tangan Tengku Aiman Hakimi terus meliar menarik baju Dania yang telahpun terbuka butang bajunya. 
Malam pasangan suami isteri itu dibawa bahtera cinta....

**************
“ABANG nak pergi tandas sekejap. Sayang tunggu ya?” Dania hanya menganggukkan kepalanya. Dia memandang sekeliling. Pantas tangannya mengeluarkan telefon bimbit kesayangannya. Dania memeriksa peti masuk memastikan ada mesej ataupun tidak.
Kosong.
                ‘Mana suami aku ni? Lamanya. Pergi tandas ke buat tandas tu?’ bentaknya dalam hati seraya memandang ke arah pintu tandas yang masih tertutup.
Matanya kembali pada jalan raya yang agak lengang. Sepanjang jalan raya hanya diterangi lamu jalan. Dania terasa seperti ada orang dibelakangnya tetapi tidak dilayan. Dia yakin pasti itu suaminya. Dania rasa tengkuknya sakit bagaikan disuntik. Tangannya sibuk mengusap belakang leher perlahan-lahan.
Serta merta pandangannya terasa gelap......

**************
MERATA-RATA tempat dicarinya. Tengku Aiman Hakimi mula bimbang. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan. Pantas tangannya menekan punat hijau tanpa memandang ke arah skrin.
                “Helo....”
“Hei sayang! You kenal tak suara I?”
               Muka Tengku Aiman Hakimi mula berubah.
                “Emm, Amy. You nak apa?” tanyanya acuh tak acuh.
                 “I nak youlah sayang! You tengah cari wife you ye?” tanya Amy dengan suara selamba.
“Macam mana you tahu?”
Of courselah I tahu! Dia ada depan mata I sekarang ni!”
“You jangan apa-apakan isteri I!!” tempik Tengku Aiman Hakimi dengan suara yang lantang.
Do I care sayang? Kalau I tak dapatkan you, perempuan sundal ni pun tak akan dapat you, Aiman!!” balas Nadia dengan ketawa yang kuat. Tengku Aiman Hakimi mendengus.
“Kau jangan nak sentuh isteri aku Amy! Dia bukan perempuan sundal macam kau! Baik kau beritahu aku, mana kau letak isteri aku tu!”
“Okey, tapi you jangan nak libatkan polis sekali! Kalau tak... I akan buat apa yang you tak boleh bayangkan langsung Aiman! Hahahahaha......” talian diputuskan. Tengku Aiman Hakimi mula cemas. Ah, dia harus laporkan pada polis! Bukan harus tapi wajib! Dia tidak pedulikan ugutan Amy. Yang penting isterinya selamat!
Pantas kakinya melangkah ke arah kereta yang dipakirkan. Tangannya pantas membuka pintu sebelum menyusup masuk ke dalam perut kereta. Pedal minyak dipijak sekuat hati menuju ke arah balai polis yang berhampiran.
Beberapa minit kemudian, kereta BMW 4 Series miliknya berhenti di hadapan sebuah balai. Muka Tengku Aiman Hakimi yang putih menjadi merah. Pintu balai ditolak sekuat hati.

**************

PANTAS sahaja tangan Amy melayangkan sebiji penampar kepada perempuan yang merampas kekasihnya itu. Berkerut wajah Dania sedang menahan kesakitan akibat tindakan Amy itu. Amy masih tidak berasa puas. Dilempangnya berkali-kali sehingga Dania yang diikat di atas kerusi tidak bermaya.
                “Kau rampas kekasih aku!”
                “Saya tak rampas! Allah dah jodohkan saya dengan dia! Awak tak boleh nak salahkan takdir, Amy!” nasihat Dania setelah perbuatan Amy terhenti.
Merah muka Amy apabila dia dinasihatkan oleh Dania. Matanya mencerlung memandang ke arah Dania yang longlai.
“Apa? Aku tak boleh nak salahkan takdir! Habis aku nak salahkan siapa lagi? Kau?” Dania menggelengkan kepalanya.
“Awak yang salah, Amy.”
“Aku?” Amy ketawa sinis. Dia memandang ke arah orang suruhannya. Orang suruhannya itu pantas menerajang Dania sekuat hati sehingga kerusi yang Dania duduk terjatuh. Sepucuk pistol dikeluarkan seraya ditalakan ke kepala Dania.
“Ish, mana Aiman ni! Dia tak sayang ke bini dia? Hahahaha.... Kalau macam tu baguslah, senang sikit aku nak bunuh perempuan gatal ni!”
“Kau jangan ingat boleh apa-apakan isteri aku, Amy!” satu suara yang cukup dikenalinya membuatkan jantung Amy bagaikan ingin luruh. Pantas dia menoleh ke arah pintu. Dilihatnya Tengku Aiman Hakimi sedang memandangnya bagaikan ingin menelannya hidup-hidup.
“You datang pun, sayang! Kalau you nak isteri you selamat, I nak you tandatangan surat ni dulu. Can?
Amy menghulurkan sehelai kertas kepada Tengku Aiman Hakimi. Tengku Aiman Hakimi membaca surat itu lalu tersenyum sinis. 
“Tak nak!”
“Tak? Kalau you tak nak tak apa tapi perempuan ni pun tidak akan pernah selamat! Joe, tamatkan riwayat perempuan tu!” keras suara Amy mengarahkan orang suruhannya itu.
                 Dum!
                Joe rebah. Amy sudah cemas melihat orang suruhannya itu terbaring kaku. Rancangannya gagal! Pantas kakinya berlari menuju ke arah mayat Joe seraya mengacukan pistol ke arah pasukan polis yang muncul tiba-tiba.
Dia mendapatkan Dania yang sedang menahan kesakitan lalu dicekiknya leher wanita itu.
Dum!
Pistol yang berada di tengannya terlepas. Amy mengerang kesakitan sambil tangannya memegang kaki. Tengku Aiman Hakimi pantas mendapatkan isterinya yang pengsan.

**************

Setahun kemudian,

“SAYANG tengah buat apa tu?” Suara Tengku Aiman Hakimi menghentikan lamunan isterinya. Dania tersenyum sambil menghirup udara yang segar.
“Tak ada apa-apa, cuma Nia teringatkan Amy aje. Apa khabar ye dia?”
“Mungkin dia sihat... Sayang janganlah risau. Dia dah tenang dekat sana, sayang..” suaminya cuba memujuk Dania.
“Salah Nia sebab ambil abang dari dia! Kalau Nia tak rampas abang, mesti abang dah ada anak dengan dia kan? Nia ni memang perampaskan bang? Kalau tak, mesti Amy masih hidup dan kejadian tu tak akan terjadi!” Dania menangis seraya menyembamkan mukanya ke dada suaminya.  
Tengku Aiman Hakimi tersenyum.
“Taklah... Sayang tak salah pun. Tak ada siapa-siapa yang salah. Semua ni adalah takdir. Allah dah jodohkan kita sayang! Jodoh kita memang dah tertulis di Loh Mahfuz! So, don’t you blame yourself! Can?”  Dania menganggukkan kepalanya.
“Sayang, jom tidur!” Tengku Aiman Hakimi menarik isterinya itu menuju ke arah katil bersama dengan senyuman.
Amy dijatuhkan hukuman mandatori kerana pernah membunuh orang.

-TAMAT-           

9 comments:

  1. ain..seronok gituu!!wallaweii :))

    ReplyDelete
  2. Ur English should be corrected.. penggunaan grammar byk slh.. btw..jln crita menarik..keep it up..

    ReplyDelete
  3. Ad some grammar errors.. plot menarik tp cra olahan cpt sangat and it makes cerpen ni jd a bit bored..

    ReplyDelete
  4. http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/09/taipanqq-beberapa-buah-yang-ampuh-atasi.html
    http://updatetaipanbiru.blogspot.com/2018/09/taipanqq-5-hal-buruk-yang-terjadi-pada.html


    Taipanbiru
    TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : E314EED5

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    ReplyDelete
  5. Best cerita nie.. Terbaiklh. 👍

    ReplyDelete
  6. King casino - Play Now at Viecasino
    With over 200 casino games to fun88 soikeotot choose from, King Casino is the カジノ シークレット perfect place to get started. vua nhà cái It is equipped with a huge variety of payment

    ReplyDelete

- Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda :)
- Insya-Allah, komen anda akan dilayan ;)

Jangan lupa, beritahu kawan-kawan yang lain ya? Hehehe xD